Blogger Backgrounds

Tuesday, December 30, 2008

Balik kampung


Teng... Teng... Cuti krismas hari tu saya balik rumah atok mak. Patutnya kitorang balik Rabu petang lepas papa dengan mama balik kerja. Tapi petang tu jem, lagipun mama nak pergi buat contact lense dekat Alamanda so balik esoknya. Pagi-pagi lagi dah balik sebab papa kena pergi outstation, so petang tu papa nak balik kl balik. Pagi tu saya tak mandi. Mama lap saya je. Sebab sejuk kata mama. Dalam kereta saya tidur... Macam biasalah... Sampai muar, atuk mak tak ada. Atuk ayah je yang ada. Nak tau... Balik ni saya naik bisul pulak. Dekat belakang kepala. Besarlah jugak. Mok teh pun balik juga. Mok teh balik hari jumaat. Sebab mok teh kerja hari krismas tu. Mok teh dengan atuk mak kerjakan bisul saya. Hehe... Bukan kerjakan apa pun. Diorg letak kangkung je kat bisul saya tu. Tak lama pun lepas tu saya gerak-gerak kepala tanggal dah. Oh ya... nak tau saya dah pandai bangun bila orang hulur tangan. Sikit lagi mesti saya dah boleh duduk. Hehehe... Saya dengan papa dengan mama balik kl hari ahad. Hari isnin tu memanglah cuti tapi sebab papa dengan mama tak nak stuck dalam jem so kitorg balik awal sehari. Kitorg balik ahad malam. Atuk mak dengan atuk ayah takde masa itorg balik. Diorg pergi masjid. Esok kan awal muharam. Patutnya malam tu nak pergi makan ikan bakar dekat serkam. Tapi postpone. Bila entah. Mama pun tak cakap. Ok ni gambar saya dengan mok teh. Satu lagi dengan mama dengan papa. ;) Satu lagi gambar saya bosan dalam kereta. Nangis... nangis...nangis...

Tuesday, December 23, 2008

Jalan-jalan



Hari ni lepas papa dengan mama ambil saya dari rumah Makcik Faezah kitorg pergi OU. Biasalah tempat shopping papa dengan mama. Tak beli apa pun. Saja jalan-jalan. Ni gambar saya dengan mama depan pokok yang cantik. Gambar saya dengan papa dekat restoran yang mama dengan papa suka makan. Korean BBQ!

Thursday, December 18, 2008

Dah baik

Dah hampir seminggu saya kena chicken pox. Lupa nak cakap, first day saya kena chicken pox saya genap 4 bulan. Hehe... Tapi hari ni dah kering sikit. Hari tu mama dgn papa bawak saya pergi klinik lagi sekali. Masa pergi mula-mula tu doktor tu tak pegang pun saya. Takut berjangkit agaknya. Pergi yang kali kedua ni Doktor Mazlah. Dia baik. Dia pegang saya. Lepas tu dia bagi ubat pil dengan ubat air. Ubat pil tu kena masuk dalam susu. Uwek... Tak sedap. Ubat air tu untuk tahan gatal. Mama bagi saya, saya muntahkan balik. Hehe... Oh ya... berat saya sekarang 6.7 kg. Saya sudah semakin besar. Okey itu saja.

Monday, December 15, 2008

Cerita yang panjang

Ini paling lama saya tak cerita apa-apa. Okey saya mula dengan perjalanan paling lama seumur hidup saya. (walaupun baru 4 bulan) Hari raya haji hari tu saya, papa dan mama balik kampung papa. Biasanya 8 jam dah sampai. Tapi hari tu saya duduk dalam kereta selama 12 jam. Pukul 2 petang kitorg keluar rumah. Sampai kota bharu pukul 1.45 pagi. Fuh... Saya nangis, tidur, nangis, tidur. Okey itu cerita perjalanan yang lama dalam kereta. Sekarang cerita saya punya kenduri aqiqah pulak. Papa beli kambing untuk buat kenduri saya. Seekor dulu. Lepas ni (tak tau bila, papa dengan mama tak decide lagi) baru buat seekor lagi. Saya sambut raya haji dekat kampung papa sehari selepas raya tu baru buat kenduri saya. Tapi... kenduri aqiqah saya masa saya betompok-tompok. Nak tahu kenapa? Saya kena chicken pox. Hua! Hua! Hua!. Dah lama ada seketul atas kepala saya. Mama ingat saya kena gigit nyamuk. Rupa-rupanya... Hehehe... Tapi macam mama kata, saya budak baik. So, saya tak nangis sangat. Masa papa bawak saya untuk orang selawatkan saya muka saya penuh dengan tompok-tompok. Hari selasa saya balik kl, mama dengan papa terus bawak saya pergi klinik. Malam tu saya tidur lena. Sebab penat sangat. Tapi bangun sekejap-sekejap jugak. Nak susu... Esoknya saya tinggal dengan mama. Mama tak hantar saya pergi rumah makcik faezah sebab takut saya nangis je nanti. So seminggu saya tinggal dekat rumah dengan mama. Okey... tu je cerita untuk seminggu yang tak update. Panjang lagi sebenarnya tapi malas. Hehehe...

Monday, December 1, 2008

Baby Bjorn





Hari Sabtu hari tu mama dengan papa bawak saya pergi The Curve. Performance saya hari tu okey jugak. Saya tak meragam sangat. Saya tidur saja. Mula-mula ingat nak beli Carrier Baby Bjorn untuk saya. Tapi lepas papa dengan mama discuss diorang tak jadi beli pulak. Sebab rasa macam tak perlu. Hari Ahad tu pulak pergi OU. Papa nak amik seluar papa yang hantar repair. Awal jugak keluar. Memula gi jalan je. Tapi tetiba papa dengan mama decide nak beli carrier tu. So hari ni saya sudah ada carrier baru. Baby Bjorn. Harga selepas diskaun RM 279.93. Dapat diskaun 30%. So lepas ni kalau saya tak nak duduk dalam stroller papa atau mama boleh bawak saya dalam tu. Tengoklah carrier baru saya.... P; Ada satu lagi benda yang mama dengan papa belikan saya. Tooth ring. Hehe... Tengoklah saya pegang benda tu. Mama kata dia belikan sebab saya asyik nak makan bahu mama saja. Habis basah baju mama. Saya suka makan tangan saya juga. Sedap. Nyam... Nyam...

Thursday, November 27, 2008

Yea! Yea!

Hari ni papa balik. Yea! Yea! Semalam mama ambik saya dari rumah makcik Faezah awal sikit. Mama takut hujan sebab petang hari dah gelap. Masa mama ambik saya baru siap pakai baju. Nasib baik mama ambik awal sebab, tak lama lepas masuk kereta terus hujan. Saya nangis sikit. Mula-mula mama nak berhenti dekat station minyak macam hari tu nak susukan saya. Tapi tak jadi sebab takut lambat nanti jem pulak. So, mama terus je. Sampai ampang papa call tanya mama dengan saya kat mana. Rupa-rupanya papa dah balik. Papa dah sampai jalan duta. Masa hujan dah lebat tapi masih nampak jalan lagi. Tapi tak lama lepas tu hujan makin lebat. Air dah naik. Saya tidur je. Mengantuk sebab tak tidur dari tengah hari. Bila sedar saya tengok je mama. Saya tak nangis. Sayakan budak baik. Papa tunggu mama dengan saya dekat Serdang. Perjalanan ke Serdang memang menakutkan. Banyak tempat yang air dah naik. Muka mama panik jugak. Tapi nasib baik saya tak nangis. Kata mama dia ingat pesan papa. 'Lalu dekat air jangan tekan brek. Tekan minyak.' Sampai Serdang saya dengan mama tunggu papa dekat Petronas. Papa tengah makan kat kedai mamak. Kesian papa penat dia. Sementara tunggu tu mama bagi saya susu sebab saya dah nangis. Saya lapar... Lebih kurang 10 minit baru papa sampai. Tapi saya tak puas susu lagi... Mama dah cabut dan letak saya dalam seat saya balik. Saya pun apa lagi... Hwa! Hwa! Masa tu hujan lebat lagi. Papa cepat-cepat masuk kereta. Masa tu papa tak tahan nak buang air (berak). Aduh... Kesian betul papa. Dah lah penat baru sampai. NAk terberak lagi. Papa cari toilet dekat petrol station. Nasib baik toilet di bersih. Saya dengan mama tunggu dalam kereta. Tak lama lepas tu saya pulak ter....Nasib baik saya pakai diapers. Sampai rumah mama tukarkan diapers pastu saya main-main dengan papa. Rindu betul pada papa. Saya mengadu pada papa mama babab saya sebab saya tak nak tidur. Tapi papa tak faham. ;( Dah puas main tu mama tidurkan saya. Okey.... Zzz....

Wednesday, November 26, 2008

Tinggal dengan mama (hari ketiga)

Entah apa yang tak kena semalam. Masa mama ambik saya dalam kereta saya tak menangis sangat. Semalam memang hari yang teruk untuk mama. Petang balik tu jalan dah jem giler. Dari keramat. Sebab? Ada lubang besar kat tengah-tengah jalan. Masa mama tidurkan saya pukul 9 lebih pun okey je. Saya nangis sikit-sikit je. Pukul 1.30 saya tersedar saya menangis. Diapers saya basah. Tilam pun basah. Mama bangun tukar diapers. Lepas tu saya tak boleh tidur. Mama popok saya pun saya tak tidur. Mama bagi susu saya tak tidur jugak. Mama dodoi saya tak tidur jugak. Saya tak tahu kenapa. Pukul 2 lebih saya tak tidur lagi. Pukul 2.55 mama call papa. Banyak kali. Papa tak angkat jugak. Masa tu badan saya panas sikit. Mama dah panik. Lepas tu mama try popok saya lagi. Pukul 4.30 baru saya tidur. Pagi tu mama bangun mandi saya tidur lagi. Tapi tak sampai 5 minit mama mandi saya dah sedar. Saya nangis kuat giler. Mama tak sempat mandi pun. Baru gosok gigi. Basuh muka sikit mama terus angkat saya. Lepas tu mama bawak saya pergi klinik. Tapi doktor cek kata saya tak ada apa2 pun. Cuma mama yang panik. Mama kena gi ofis jugak sebab ada benda yang mama nak tahu. Dalam perjalanan saya tidur. Sebab semalam tak tidurkan... Sampai rumah makcik faezah baru saya sedar. Hm... Esok papa balik. Ada sehari lagi. Tak tahulah malam ni macam mana.

Tuesday, November 25, 2008

Tinggal dengan mama (hari kedua)

Okey... Petang semalam saya menangis sikit-sikit saja. Dan yang menakjubkan malam saya nak tidur saya tak nangis kuat-kuat. Horee... Mama pun senang nak tidurkan saya. Betul kata mama saya budak baik. :) Nak tahu? Saya sudah boleh meniarap sendiri semalam. Tengoklah gambar saya. Comel tak? Hihihi.... Mama baringkan saya atas kain pelekat papa. Saya rindu papa... Pukul 9 lebih saya dah tidur. Pukul 12 lebih saya terbangun. Berak... Mama dah basuh, mama bagi susu. Lepas tu saya sambung tidur balik. Lepas tu pukul 4 saya bangun lagi sebab, diapers saya bocor. Habis basah tempat tidur saya. Lepas mama tukar diapers saya sambung tidur. Tapi tak lepas tu atok mak telefon. Pukul 4.30 pagi Atuk mak macam ada instinct saya nangis. Dia tanya mama saya tak apa-apa ke? Hm... Saya tau atok mak nak datang sini teman saya. Tapi takpelah. Saya tinggal dengan mama saja. Kesian jugak atok mak nak kena naik bas. Tinggal 2 hari lagi papa saya nak balik. Saya rindu papa!!!!!

Monday, November 24, 2008

Tinggal dengan mama (hari pertama)

Semalam hari pertama saya tinggal dengan mama. Papa outstation. Pergi Grik. Mama kata Grik tu dekat Perak. Hm... Saya belum pernah sampai sana lagi. Mungkin satu hari mama dengan papa bawa saya ke sana. Papa pergi pukul 11 pagi. So, petang tu mama ambil saya dari rumah makcik Faezah sorang-sorang. Mama ambil saya awal. Pukul 4 lebih. Masa tu saya baru nak tidur. Belum sempat susu pun lagi. Dalam kereta tu mula-mula saya tak nangis. Lepas tu lebih kurang 5 minit saya pun start... hek... hek... hwa! Mama buat tak tau je. Mama pujuk saya sikit-sikit. Tapi saya tak berhenti nangis jugak. Then mama berhenti dekat petrol pump. Susukan saya. Nyam.. nyam sedap. Berhenti dalam 15 minit, lepas tu sambung jalan semula. Mama nak pergi printer. Lepas susu tu saya diam sekejap, tapi saya nangis balik. Nasib baik makcik Faezah dah buat susu dalam botol. Sambil bawak kete mama susukan saya. Susu botollah. Habis muka saya kena susu. Lepas tu saya tertidur. Mama terus pegi printer. Mula-mula dah nak tak jadi sebab saya menangis. Tapi sebab saya dah tidur. Mama pergi jugak. Bila sampai rumah saya relax je. Mama terus mandi dengan sembahyang. Masa mama sembahyang saya nangis. Kuat... Kuat... dan makin kuat. Saya rasa mama sembahyang pun tak tenang. Mama sembahyang laju-laju. Lepas maghrib saya terus tidur sebab dah mengantuk sangat. Tapi saya tersedar berapa kali jugak. Tapi lepas pukul 12 saya pun zzzz...... Pagi tadi saya pun tak nangis sangat. Mama selalu cakap saya budak baik. Budak baik tak boleh nangis selalu.

Sunday, November 23, 2008

Carrier

Sabtu dengan Ahad hari tu macam biasa mama dengan papa bawak saya keluar. Hari Sabtu tak pergi mall. Mama dengan papa makan dengan Sakura. Dekat dengan office mama. Tapi saya buat perangai. Asyik nangis saja. Mama nak makan pun tak boleh. Siang tu pun saya tak tidur sangat. Entahlah... Perut saya tak sedap agaknya. Mama urut-urut perut saya. Tapi saya tak berak macam biasa. Malam tu pun dah dekat pun 12 baru saya tidur. Hari Ahad mula-mula mama dengan papa tak nak keluar. Papa pergi wedding uncle Amin dekat Bangi. Saya tinggal dengan mama sebab mama malas nak bawak saya. Takut saya nangis nanti. Lagipun cuaca panas. Mama pun tak sihat sangat. Selsema. Tapi dah petang dalam pukul 6.30 tu tiba-tiba papa decide nak pergi cari carrier saya. Sebab esok papa nak pergi outstation. Papa pergi Grik. So saya tinggal dengan mama seminggu. So kitorg pun pergi The Curve. Cari kat Mothercare. Mula-mula tu mama nak beli yang Mothercare punya carrier je. Sebab murah sikit. Dalam RM 200. Tapi sebab badan mama kecil. Benda tu jadi londeh sangat. Lagipun complicated nak pasang benda tu. So try tengok yang Baby Bjorn. Harga dia? Peh... RM 399.00. Tapi akak kat kedai tu kata minggu depan ada sales. So benda tu ada discount 20%. Plus 10% sebab mama ada VIP card. So mama dengan papa decide nak beli minggu depan je. Dah pukul 9 lebih baru balik rumah. Malam tu pun saya buat hal. Tak nak tidur. Mula-mula saya sengih-sengih dengan mama. Mama layan lagi. Tapi bila dah lama mama naik geram. Mama marah saya. Saya nangis lepas tu baru boleh tidur.
Okey nanti saya sambung. Saya cerita macam mana saya tinggal dengan mama. Sebelum ni atuk mak datang jaga saya. Tapi sebab atuk mak ada kelas, jadi mama decide nak jaga saya sendiri.

Thursday, November 20, 2008

Budak botak


Hahaha...
Semalam sesuatu terjadi pada saya. Kepala saya dibotakkan oleh mama dengan papa. Mama pegang saya papa cukur. Mula-mula tu saya cool je. Diam je tengok papa shave kepala saya. Lepas beberapa minit saya mula.... 'mengganas'. Nasib baik tak luka kepala saya. Tapi ada sikit la. Sikit je tak obvious sangat. Petang lepas shave tu mama dengan papa bawak saya pergi jalan. Tak best, sebab mama dengan papa tak belikan saya apa-apa. Jadi... saya pun menangis la. Kesian mama tengah tunggu papa try baju saya menjerit-jerit.
Lepas tu apa lagi mama dgn papa pun kelam kabut balik. Stuck dalam jem sebab balik saing-saing orang balik kerja. Saya menangis dalam kereta sebab penat. Ya ke saya penat? Entahlah...

Oh ya nak dengar lagu yang mama nyanyikan untuk saya bersempena kepala saya yang botak ni?

Botak head
come to school
teacher said
why do you late
because i cut my hair....

Tuesday, November 18, 2008

Bantal baru


Sudah dua hari saya susah nak tidur. 2 malam yang lepas saya asyik nangis saja. Kesian mama, sampai tension dia nak tidurkan saya. Sampai saya kena cubit kat pipi. Sakit? Boleh tahanlah. Sudahnya papa take over papa tidurkan saya. Tapi saya masih tak tidur jugak. Mama ambil saya semula. Mama urut perut saya. Fuh... Lega. Saya pot... pot.. pot... pastu bur.... berak. Lega betul. Lepas tu tak sampai seminit pun saya dah tidur.
Petang semalam mama dengan papa belikan saya bantal baru. Cantik. Warna biru. Hmmm... Colour favourite papa saya. Seronok betul tidur bantal baru. Tengoklah gambar bantal baru saya ni. Comel tak? Lena betul saya tidur semalam. Maklumlah bantal baru.
Okey itu saja. Nanti sambung lagi.

Sunday, November 16, 2008

3 bulan 16 hari


Assalamualaikum,

Umur saya semakin bertambah. Saya sudah pandai angkat kepala sekarang. Hehehe... Mama selalu tidur mengiringkan saya. Tapi saya sudah boleh tegakkan badan saya sendiri. Kesian mama saya, susah betul dia nak tidurkan saya. Semalam mama dah geram sangat saya kena cubit dengan mama sebab asyik nangis saja sebelum tidur. Sudahnya papa yang tidurkan saya. Sekejap saja saya dah tidur. Hari sabtu hari tu mama dengan papa bawa saya pergi ou. Tapi saya asyik tidur saja. Masa mama dengan papa nak makan saya bangun dan... NANGIS! Mama buatkan susu untuk saya. Masa goncang botol susu mama terlanggar termos. Nasib baik tak tergolek ke bawah. Kalau tak... habislah termos powerpuff girls mama. Tapi semua orang tengok. Malunya. Tapi muka mama dengan papa cool je. Saya? Lepas dapat susu tu apa lagi. Nyam... Nyam... Terus tidur. Mama dengan papa apa lagi sambung jalan lah. Tengoklah gambar saya tidur mengiring ni. Hihi...

Okey jumpa lagi nanti.

Thursday, November 13, 2008

Hari pertama (bulan ke-3)

Assalamualaikum...
Haha Ini hari pertama saya cerita pasal diri saya. Walaupun saya sudah berusia 3 bulan 7 hari tapi tak apa. Sebab mama saya kata selagi kita hidup tak ada makna terlambat.
Okey saya cerita serba sedikit pasal saya.

Nama saya Muhammad Umar Afif bin Muhd. Yusrizal. Bin Muhd Yusrizal jadi maknanya nama papa saya Muhammad Yusrizal lah. Nama mama saya Rafiza binti Ab. Rahman. Saya lahi 070808. Sayangkan tak dapat 080808. Mama kata dia dengan papa dah cuba sedaya upaya nak dapat tarikh tu. Tapi nak buat macam mana saya nak keluar awal. Tapi takpelah yang penting saya dan mama selamat.

Saya lahir di Klinik Alam Damai. Pukul 6.45 pagi. Waktu orang sembahyang subuh. Jadi mudah-mudahan bila saya dah baligh (bak kata sepupu saya, Abang Imran) saya tak kan tinggal sembahyang lebih-lebih lagi sembahyang subuh. Hehehe... Masa lahir berat saya 3.1 kg. Masa tu muka saya merah betul. Cuba tengok gambar. 4 hari saya duduk hospital. Sebab mama saya sakit lagi. Tapi lepas tu saya terus balik muar. Atok mak jaga mama dan saya selama sebulan.

Okey nanti saya sambung lagi. Penatlah. Hehehe...