Blogger Backgrounds

Wednesday, April 28, 2010

Mama cuti 3 hari

Hari ni mama cuti. Makcik Faezah tak dapat jaga saya sebab abang dia meninggal. jadi dia balik kampung. Saya pun balik kampung sebab mama nak hantar kad mokteh. Saya balik malam tadi. Balik Kl semula pagi tadi. Penat juga. Sebab saya tidur awal. Okey, mama pun dah siap-siapkan beg saya untuk esok. Mama kena pergi kerja esok. Saya pun tidur awal. Lepas maghrib saya dah tidur. Zzz....

Hari esok...
Aik... Mama cuti lagi? Rupa-rupanya malam tadi mama dapat SMS dari Makcik Faezah. Dia cakap dia tak boleh balik sebab sedara dia suruh tunggu kenduri tahlil. Hm... Dapatlah saya duduk dengan mama lagi. Mama cuti hari ni dan esok. Kesian mama. Papa pun tak dapat buka kedai yang memang belum beroperasi pun.

Jadi saya duduk dengan mama dari ahri Rabu. Bestnya,

Thursday, April 8, 2010

Hai... Hai... Hai...



Wah... lama sungguh saya tak cerita apa-apa. Banyak perubahan pada diri saya sekarang. Sudah pandai memanjat. Sudah pandai bercakap sikit-sikit. Antara perkataan yang saya pandai sebut. "Ggigi", "Terggegeh-ggegeh", "cucu".
Hari ini hari bersejarah papa dan mama. Happy 4th anniversary papa dan mama. Kami celebrate di MFM. Papa belanja.
Satu lagi saya hendak cerita sesuatu. Maklumlah, dah lama tak update jadi banyak tertinggal cerita. Kedai papa sudah hampi dibuka. Sebelum makan di MFM tadi, kami ke kedai dahulu. Hm... Sudah siap cat. Nama kedai papa Auto Touch Services. Itu sempena nama company papa. Kepada papa, good luck. I love you.