Blogger Backgrounds

Tuesday, December 30, 2008

Balik kampung


Teng... Teng... Cuti krismas hari tu saya balik rumah atok mak. Patutnya kitorang balik Rabu petang lepas papa dengan mama balik kerja. Tapi petang tu jem, lagipun mama nak pergi buat contact lense dekat Alamanda so balik esoknya. Pagi-pagi lagi dah balik sebab papa kena pergi outstation, so petang tu papa nak balik kl balik. Pagi tu saya tak mandi. Mama lap saya je. Sebab sejuk kata mama. Dalam kereta saya tidur... Macam biasalah... Sampai muar, atuk mak tak ada. Atuk ayah je yang ada. Nak tau... Balik ni saya naik bisul pulak. Dekat belakang kepala. Besarlah jugak. Mok teh pun balik juga. Mok teh balik hari jumaat. Sebab mok teh kerja hari krismas tu. Mok teh dengan atuk mak kerjakan bisul saya. Hehe... Bukan kerjakan apa pun. Diorg letak kangkung je kat bisul saya tu. Tak lama pun lepas tu saya gerak-gerak kepala tanggal dah. Oh ya... nak tau saya dah pandai bangun bila orang hulur tangan. Sikit lagi mesti saya dah boleh duduk. Hehehe... Saya dengan papa dengan mama balik kl hari ahad. Hari isnin tu memanglah cuti tapi sebab papa dengan mama tak nak stuck dalam jem so kitorg balik awal sehari. Kitorg balik ahad malam. Atuk mak dengan atuk ayah takde masa itorg balik. Diorg pergi masjid. Esok kan awal muharam. Patutnya malam tu nak pergi makan ikan bakar dekat serkam. Tapi postpone. Bila entah. Mama pun tak cakap. Ok ni gambar saya dengan mok teh. Satu lagi dengan mama dengan papa. ;) Satu lagi gambar saya bosan dalam kereta. Nangis... nangis...nangis...

Tuesday, December 23, 2008

Jalan-jalan



Hari ni lepas papa dengan mama ambil saya dari rumah Makcik Faezah kitorg pergi OU. Biasalah tempat shopping papa dengan mama. Tak beli apa pun. Saja jalan-jalan. Ni gambar saya dengan mama depan pokok yang cantik. Gambar saya dengan papa dekat restoran yang mama dengan papa suka makan. Korean BBQ!

Thursday, December 18, 2008

Dah baik

Dah hampir seminggu saya kena chicken pox. Lupa nak cakap, first day saya kena chicken pox saya genap 4 bulan. Hehe... Tapi hari ni dah kering sikit. Hari tu mama dgn papa bawak saya pergi klinik lagi sekali. Masa pergi mula-mula tu doktor tu tak pegang pun saya. Takut berjangkit agaknya. Pergi yang kali kedua ni Doktor Mazlah. Dia baik. Dia pegang saya. Lepas tu dia bagi ubat pil dengan ubat air. Ubat pil tu kena masuk dalam susu. Uwek... Tak sedap. Ubat air tu untuk tahan gatal. Mama bagi saya, saya muntahkan balik. Hehe... Oh ya... berat saya sekarang 6.7 kg. Saya sudah semakin besar. Okey itu saja.

Monday, December 15, 2008

Cerita yang panjang

Ini paling lama saya tak cerita apa-apa. Okey saya mula dengan perjalanan paling lama seumur hidup saya. (walaupun baru 4 bulan) Hari raya haji hari tu saya, papa dan mama balik kampung papa. Biasanya 8 jam dah sampai. Tapi hari tu saya duduk dalam kereta selama 12 jam. Pukul 2 petang kitorg keluar rumah. Sampai kota bharu pukul 1.45 pagi. Fuh... Saya nangis, tidur, nangis, tidur. Okey itu cerita perjalanan yang lama dalam kereta. Sekarang cerita saya punya kenduri aqiqah pulak. Papa beli kambing untuk buat kenduri saya. Seekor dulu. Lepas ni (tak tau bila, papa dengan mama tak decide lagi) baru buat seekor lagi. Saya sambut raya haji dekat kampung papa sehari selepas raya tu baru buat kenduri saya. Tapi... kenduri aqiqah saya masa saya betompok-tompok. Nak tahu kenapa? Saya kena chicken pox. Hua! Hua! Hua!. Dah lama ada seketul atas kepala saya. Mama ingat saya kena gigit nyamuk. Rupa-rupanya... Hehehe... Tapi macam mama kata, saya budak baik. So, saya tak nangis sangat. Masa papa bawak saya untuk orang selawatkan saya muka saya penuh dengan tompok-tompok. Hari selasa saya balik kl, mama dengan papa terus bawak saya pergi klinik. Malam tu saya tidur lena. Sebab penat sangat. Tapi bangun sekejap-sekejap jugak. Nak susu... Esoknya saya tinggal dengan mama. Mama tak hantar saya pergi rumah makcik faezah sebab takut saya nangis je nanti. So seminggu saya tinggal dekat rumah dengan mama. Okey... tu je cerita untuk seminggu yang tak update. Panjang lagi sebenarnya tapi malas. Hehehe...

Monday, December 1, 2008

Baby Bjorn





Hari Sabtu hari tu mama dengan papa bawak saya pergi The Curve. Performance saya hari tu okey jugak. Saya tak meragam sangat. Saya tidur saja. Mula-mula ingat nak beli Carrier Baby Bjorn untuk saya. Tapi lepas papa dengan mama discuss diorang tak jadi beli pulak. Sebab rasa macam tak perlu. Hari Ahad tu pulak pergi OU. Papa nak amik seluar papa yang hantar repair. Awal jugak keluar. Memula gi jalan je. Tapi tetiba papa dengan mama decide nak beli carrier tu. So hari ni saya sudah ada carrier baru. Baby Bjorn. Harga selepas diskaun RM 279.93. Dapat diskaun 30%. So lepas ni kalau saya tak nak duduk dalam stroller papa atau mama boleh bawak saya dalam tu. Tengoklah carrier baru saya.... P; Ada satu lagi benda yang mama dengan papa belikan saya. Tooth ring. Hehe... Tengoklah saya pegang benda tu. Mama kata dia belikan sebab saya asyik nak makan bahu mama saja. Habis basah baju mama. Saya suka makan tangan saya juga. Sedap. Nyam... Nyam...