Blogger Backgrounds

Tuesday, December 30, 2008

Balik kampung


Teng... Teng... Cuti krismas hari tu saya balik rumah atok mak. Patutnya kitorang balik Rabu petang lepas papa dengan mama balik kerja. Tapi petang tu jem, lagipun mama nak pergi buat contact lense dekat Alamanda so balik esoknya. Pagi-pagi lagi dah balik sebab papa kena pergi outstation, so petang tu papa nak balik kl balik. Pagi tu saya tak mandi. Mama lap saya je. Sebab sejuk kata mama. Dalam kereta saya tidur... Macam biasalah... Sampai muar, atuk mak tak ada. Atuk ayah je yang ada. Nak tau... Balik ni saya naik bisul pulak. Dekat belakang kepala. Besarlah jugak. Mok teh pun balik juga. Mok teh balik hari jumaat. Sebab mok teh kerja hari krismas tu. Mok teh dengan atuk mak kerjakan bisul saya. Hehe... Bukan kerjakan apa pun. Diorg letak kangkung je kat bisul saya tu. Tak lama pun lepas tu saya gerak-gerak kepala tanggal dah. Oh ya... nak tau saya dah pandai bangun bila orang hulur tangan. Sikit lagi mesti saya dah boleh duduk. Hehehe... Saya dengan papa dengan mama balik kl hari ahad. Hari isnin tu memanglah cuti tapi sebab papa dengan mama tak nak stuck dalam jem so kitorg balik awal sehari. Kitorg balik ahad malam. Atuk mak dengan atuk ayah takde masa itorg balik. Diorg pergi masjid. Esok kan awal muharam. Patutnya malam tu nak pergi makan ikan bakar dekat serkam. Tapi postpone. Bila entah. Mama pun tak cakap. Ok ni gambar saya dengan mok teh. Satu lagi dengan mama dengan papa. ;) Satu lagi gambar saya bosan dalam kereta. Nangis... nangis...nangis...

No comments: