Blogger Backgrounds

Monday, December 1, 2008

Baby Bjorn





Hari Sabtu hari tu mama dengan papa bawak saya pergi The Curve. Performance saya hari tu okey jugak. Saya tak meragam sangat. Saya tidur saja. Mula-mula ingat nak beli Carrier Baby Bjorn untuk saya. Tapi lepas papa dengan mama discuss diorang tak jadi beli pulak. Sebab rasa macam tak perlu. Hari Ahad tu pulak pergi OU. Papa nak amik seluar papa yang hantar repair. Awal jugak keluar. Memula gi jalan je. Tapi tetiba papa dengan mama decide nak beli carrier tu. So hari ni saya sudah ada carrier baru. Baby Bjorn. Harga selepas diskaun RM 279.93. Dapat diskaun 30%. So lepas ni kalau saya tak nak duduk dalam stroller papa atau mama boleh bawak saya dalam tu. Tengoklah carrier baru saya.... P; Ada satu lagi benda yang mama dengan papa belikan saya. Tooth ring. Hehe... Tengoklah saya pegang benda tu. Mama kata dia belikan sebab saya asyik nak makan bahu mama saja. Habis basah baju mama. Saya suka makan tangan saya juga. Sedap. Nyam... Nyam...

No comments: