Blogger Backgrounds

Sunday, September 27, 2009

Selamat Hari Raya dan BERJALAN

Raya datang lagi. Ini raya kedua saya. Tahun lepas saya sambut raya masa dalam hari. Dalam hari? Maknanya saya belum cukup sebulanlah. Tahun lepas saya raya dekat Muar. Tahun ni saya raya di kampung papa. Balik sana hari Jumaat malam balik kl balik selasa malam. Sampai KL pukul 8 pagi. Banyak kali papa berhenti kesian papa. Mengantuk sangat. Saya? Hm.. tido.. tido dan tido je lah. Mula-mula plan nak balik Muar esok. Tapi sebab petang tu mama dah siap kemas rumah dan basuh baju jadi kami pun bertolak balik Muar. Okeylah yang lain tu semua cerita biasa. Ini ada satu cerita luar biasa. Saya... sudah boleh... BERJALAN. Hore! Hari bersejarah itu adalah hari Khamis 24 September 2009. Tapi saya jalan tangan terangkat. Maklumlah nak balance kan badan. Tapi.. seronok betul saya. Tak berhenti-henti jalan. Seronok rupanya dapat berjalan. Hehehe....

Friday, September 4, 2009

Stroller baru

Disebabkan saya sudah tidak boleh duduk diam dalam carrier MAXI COSI saya, papa dan mama mengambil keputusan untuk memasang storller Quinny saya dengan toddler seatnya. Haha... Jadi sekarang saya sudah boleh tengok depan. Oh... seronok rupanya. Bila mama dan papa tolak saya, saya duduk siap silang kaki. Bestnya dapat tengok orang. Hmm.... Saya sudah semakin besar.

Wednesday, September 2, 2009

Mama dapat PNM

Apa itu PNM? Okey... PNM itu adalah Perpustakaan Negara Malaysia. Hore! Buku mama Tempat Ke-2? dibeli oleh PNM sebanyak 1089. Mama kata sebelum saya lahir dahulu, mama pernah dapat juga. Untuk buku Sekolah Kampung? Ala... yang menag Anugerah Sasterawan Johor dulu. Mama kata itu rezeki saya. Hehe... Saya ni bawa rezeki pada mama dan papa. Jadi, saya mesti jadi budak baik. Apa saya boleh buat ya sekarang? Biasa saja, jalan sikit-sikit. Saya pun tak tahu bila saya berani berjalan. Cakap pun hanya tahu 'papa' dan 'mama'. Tapi lebih banyak sebut 'pa', 'papa' dan 'pah'. Hm... Saya lebih sayang papa agaknya. ;P

Tuesday, September 1, 2009

Langkah pertama

Hore... Semalam saya dengan mama dan papa baru balik dari muar. Kami balik Muar Jumaat lepas. Mama cuti. So balik buka puasa rumah atok mak. Saya puasa ke tak? Tentulah tak. Saya kan masih kecil. ;p Pagi Isnin lepas sahur dah balik KL. Papa kata tak nak jem. Sebab tu lah kami gerak awal. Pagi betul. Pukul 6.30 pagi kami keluar dari rumah atok mak. Hm.. Mama kejut saya banyak kali. Dalam kereta macam biasalah saya tidur. Sampai KL lebih kurang pukul 8.30. Mama bagi saya makan, mandikan saya lepas tu kami semua zz.... Pukul 1 baru bangun.
Okey kita cerita pasal tajuk entry ni pula.
Saya sudah boleh berdiri sekejap-sekejap. Mama lepas tangan saya, saya berdiri. Tapi semalam, sesuatu yang hbet berlaku. Saya sudah mampu mengorak langkah pertama saya sendiri. Wah! Hebat tak saya? Tapi dua langkah saja. Lepas tu gedebek... jatuh balik. Tapi tak apa saya tidak mahu putus asa. Saya mesti mencuba lagi.
Muhammad Umar Afif boleh!