Sunday, September 27, 2009
Selamat Hari Raya dan BERJALAN
Raya datang lagi. Ini raya kedua saya. Tahun lepas saya sambut raya masa dalam hari. Dalam hari? Maknanya saya belum cukup sebulanlah. Tahun lepas saya raya dekat Muar. Tahun ni saya raya di kampung papa. Balik sana hari Jumaat malam balik kl balik selasa malam. Sampai KL pukul 8 pagi. Banyak kali papa berhenti kesian papa. Mengantuk sangat. Saya? Hm.. tido.. tido dan tido je lah. Mula-mula plan nak balik Muar esok. Tapi sebab petang tu mama dah siap kemas rumah dan basuh baju jadi kami pun bertolak balik Muar. Okeylah yang lain tu semua cerita biasa. Ini ada satu cerita luar biasa. Saya... sudah boleh... BERJALAN. Hore! Hari bersejarah itu adalah hari Khamis 24 September 2009. Tapi saya jalan tangan terangkat. Maklumlah nak balance kan badan. Tapi.. seronok betul saya. Tak berhenti-henti jalan. Seronok rupanya dapat berjalan. Hehehe....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment