Blogger Backgrounds

Tuesday, September 1, 2009

Langkah pertama

Hore... Semalam saya dengan mama dan papa baru balik dari muar. Kami balik Muar Jumaat lepas. Mama cuti. So balik buka puasa rumah atok mak. Saya puasa ke tak? Tentulah tak. Saya kan masih kecil. ;p Pagi Isnin lepas sahur dah balik KL. Papa kata tak nak jem. Sebab tu lah kami gerak awal. Pagi betul. Pukul 6.30 pagi kami keluar dari rumah atok mak. Hm.. Mama kejut saya banyak kali. Dalam kereta macam biasalah saya tidur. Sampai KL lebih kurang pukul 8.30. Mama bagi saya makan, mandikan saya lepas tu kami semua zz.... Pukul 1 baru bangun.
Okey kita cerita pasal tajuk entry ni pula.
Saya sudah boleh berdiri sekejap-sekejap. Mama lepas tangan saya, saya berdiri. Tapi semalam, sesuatu yang hbet berlaku. Saya sudah mampu mengorak langkah pertama saya sendiri. Wah! Hebat tak saya? Tapi dua langkah saja. Lepas tu gedebek... jatuh balik. Tapi tak apa saya tidak mahu putus asa. Saya mesti mencuba lagi.
Muhammad Umar Afif boleh!

No comments: