Blogger Backgrounds

Saturday, June 27, 2009

Huhu demam lagi

Pagi tadi mama dgn papa bawa saya pergi klinik. Saya demam lagi. Semalam pun badan saya dah panas. Tapi mama dgn papa hold dulu. Pagi ni terus pergi sebab dah panas sangat. Nasib baik Dr. Mazlah yang duty. Klinik pun tak ramai orang. So takdelah lama sangat saya tunggu. Doktor bagi ubat demam dgn antibiotik. Sebab doktor kata ada infection pada tekak saya. Lepas pergi klinik mama dgn papa terus pergi... OU. Nak cari baju saya.
Oh ya lupa nak cerita. Mama menang Anugerah Sastera Darul Ta'zim untuk Kategori Novel Kanak-Kanak. Atok mak bagi tahu sebab surat sampai rumah. 17 hb ni, mama kena pergi ambil hadiah tu dekat Hotel Puteri Pacific JB. Itu mungkin hotel kedua saya. Hehehe....
Ok sambung balik. Kami pergi OU sebab nak cari baju mama, baju papa dan baju saya untuk pergi hari tu. Tapi dapat baju mama saja. Baju saya tak ada. Lepas cari tu papa dgn mama plan nak pergi makan. Tapi saya dah mengaruk. Sebab badan saya dah tak sedap. SO kami pun terus balik. Dan sampai rumah saya pun zzzzz....

Sunday, June 21, 2009

Hotel pertama



Semalam saya ikut mama dgn papa pergi Kuantan. Papa ada hal sikit. Pukul 8 lebih malam kitorg gerak dari KL. Mula-mula saya tak tidur. Main-main. Lepas tu dah penat saya pun tertidur kat mama. Penat betul saya. Pukul 12 lebih baru sampai Kuantan. Dah sampai tu cari-cari hotel dulu. Weekend kan.. so susah sikitla nak cari. Kebanyakan hotel penuh. Lepas tanya 2 3 tempat papa dng mama pun setuju dengan Hotel Cityivew. Hm... Nak kata okey sangat tu taklah. Tapi kira okeylah dari kena tidur dalam kereta. Lepas tu mama dgn papa cari food saya pulak. Sebab nestum saya tertinggal. Huh... tension kalau kena duduk kat kuantan. Cari nestum pun susah. Lepas tu tak jumpa. Esok pagi baru mama dengan papa cari nestum saya. So terpaksa la bagi saya makan dekat kedai. Kira hari tu saya memang survivor betul.
Petang Ahad baru kitorg gerak balik. Papa dengan mama singgah Tg. Lumpur dulu. Makan keropok lekor dengan air nescafe ais yang sedap. Macam biasalah saya tengok saja. Pukul 8 lebih baru sampai rumah. Penat....
Tengok lah gambar saya dengan mama dan papa dalam bilik hotel tu. Hahaha...

Wednesday, June 17, 2009

Gigi atas dan bawah

Saya sudah tumbuh gigi atas dan bawah. Lalala... Sekarang saya suka gigit. Saya gigit apa saja yang saya nampak. Satu lagi, saya sudah boleh berdiri. Tapi kena pegangla. Jalan pun laju. Terer tak saya? Tapi bukan terrorist ya. Hahaha... Lagi satu, sekarang dalam kereta saya dah jarang duduk dalam seat saya. Saya suka duduk dekat mama nanti boleh tengok luar. Saya sudah semakin besar!

Monday, June 15, 2009

Sunday, June 7, 2009

10 bulan

Hm... Rasanya baru saja saya tulis entry saya masuk 9 bulan. Skrg. Saya sudah 10 bulan. Apa yang saya dah boleh buat ya sekarang? Semalam saya dah pandai duduk. Semalam kan aqiqah saya. Hari ni saya dgn papa dan mama nak balik kl. Mokteh ikut balik sekali. Sebab mokteh tak start kerja lagi kan. So mokteh lepak rumah saya seminggu.
Kitorg balik kl pagi. Sebab papa takut jem. Hari ni last day cuti sekolah. Kalau lambat sikit dekat highway mesti jem punya. Pukul 10 lebih gerak, singgah kebun tok ayah nak ambil mangga. Banyak gila papa ambil. Sampai kl pukul 1 lebih papa dgn mama terus pergi makan dekat kelana jaya. Lepas tu pergi tesco nak beli barang sikit dgn diapers saya.
Okey itu saja.

Saturday, June 6, 2009

Duduk dan potong jambul



Apa kaitan duduk dan potong jambul?

Cuba teka? Hahaha... Sudah 4 hari saya lepak rumah atok mak. Mama dengan papa cuti. So kitorg balik kampung Muar. Mula-mula balik saya tak nak langsung dengan orang lain. Saya melekap dengan papa dan mama je. Masuk hari kedua, saya dah okey. Tapi tu pun saya tak boleh tengok mama ataupun papa lalu. Nanti saya... hek... hek...
Hari ni, kenduri akikah saya. Sekali dengan majlis khatam Quran Abg. Imran. Abg Imran baru 10 tahun. Sudah khatam. Saya mesti boleh juga. Kalau boleh saya mahu cuba khatam lebih awal. Hehehe....
Okey duduk pula. Sekarang saya sudah pandai duduk. Hebat tak?

Hari ini saya 9 bulan 29 hari. Saya sangat hebat!