Monday, December 15, 2008
Cerita yang panjang
Ini paling lama saya tak cerita apa-apa. Okey saya mula dengan perjalanan paling lama seumur hidup saya. (walaupun baru 4 bulan) Hari raya haji hari tu saya, papa dan mama balik kampung papa. Biasanya 8 jam dah sampai. Tapi hari tu saya duduk dalam kereta selama 12 jam. Pukul 2 petang kitorg keluar rumah. Sampai kota bharu pukul 1.45 pagi. Fuh... Saya nangis, tidur, nangis, tidur. Okey itu cerita perjalanan yang lama dalam kereta. Sekarang cerita saya punya kenduri aqiqah pulak. Papa beli kambing untuk buat kenduri saya. Seekor dulu. Lepas ni (tak tau bila, papa dengan mama tak decide lagi) baru buat seekor lagi. Saya sambut raya haji dekat kampung papa sehari selepas raya tu baru buat kenduri saya. Tapi... kenduri aqiqah saya masa saya betompok-tompok. Nak tahu kenapa? Saya kena chicken pox. Hua! Hua! Hua!. Dah lama ada seketul atas kepala saya. Mama ingat saya kena gigit nyamuk. Rupa-rupanya... Hehehe... Tapi macam mama kata, saya budak baik. So, saya tak nangis sangat. Masa papa bawak saya untuk orang selawatkan saya muka saya penuh dengan tompok-tompok. Hari selasa saya balik kl, mama dengan papa terus bawak saya pergi klinik. Malam tu saya tidur lena. Sebab penat sangat. Tapi bangun sekejap-sekejap jugak. Nak susu... Esoknya saya tinggal dengan mama. Mama tak hantar saya pergi rumah makcik faezah sebab takut saya nangis je nanti. So seminggu saya tinggal dekat rumah dengan mama. Okey... tu je cerita untuk seminggu yang tak update. Panjang lagi sebenarnya tapi malas. Hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment