Cuti raya cina 4 hari. Tapi mama dengan papa tak nak balik kampung. Diorg malas. Sebab takut jem campur mama dengan papa nak bangun lambat pagi-pagi. Hari Sabtu pergi Alamanda ambil contact lense mama. Ahad pun pergi Alamanda. Apa lagi ntah mama. Pastu jumpa Auntie Sha dengan Kak Dania. Perut Auntie Sha dah besar. Tak lama lagi saya ada kawan baru lagi.
Isnin pergi melepak rumah auntie Xeda. Biasalah muka kitorg je time cuti kat sana. Pastu mama belanja auntie xeda dengan uncle black makan. Abang Oman pun ada. Uncle black? Haha.. Gelaran yang auntie xeda bagi pada uncle musa.
Selasa petang baru keluar. Papa dengan mama nak pergi beli groceries. Saya? Mama tak bawak stroller. Takut saya tak duduk diam. Mama bawak dalam baby bjorn. Entah kenapa kalau duduk dalam tu saya diam je. Tapi kalau duduk dalam stroller sekejap je, saya dah hek hek...
Itu jelah yang saya dengan papa & mama buat cuti ni. Minggu depan baru nak balik kampung. Jumpa atok mak. Mok teh pun balik jugak nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment