Blogger Backgrounds

Thursday, January 29, 2009

Katil baru

Haha.. Semalam papa dengan mama bawak saya pergi satu tempat. Mana? Ikea lah. Tempat favourite papa dengan mama. Beli apa? Katil saya! Saya sudah ada katil baru. Tengok lah. Cantik tak. Katil tu harga dia RM 179. Tilam saya dah nak sama mahal dengan katil RM 169. Katil pertama saya. Hehehe...

Tuesday, January 27, 2009

Cuti hari raya cina

Cuti raya cina 4 hari. Tapi mama dengan papa tak nak balik kampung. Diorg malas. Sebab takut jem campur mama dengan papa nak bangun lambat pagi-pagi. Hari Sabtu pergi Alamanda ambil contact lense mama. Ahad pun pergi Alamanda. Apa lagi ntah mama. Pastu jumpa Auntie Sha dengan Kak Dania. Perut Auntie Sha dah besar. Tak lama lagi saya ada kawan baru lagi.
Isnin pergi melepak rumah auntie Xeda. Biasalah muka kitorg je time cuti kat sana. Pastu mama belanja auntie xeda dengan uncle black makan. Abang Oman pun ada. Uncle black? Haha.. Gelaran yang auntie xeda bagi pada uncle musa.
Selasa petang baru keluar. Papa dengan mama nak pergi beli groceries. Saya? Mama tak bawak stroller. Takut saya tak duduk diam. Mama bawak dalam baby bjorn. Entah kenapa kalau duduk dalam tu saya diam je. Tapi kalau duduk dalam stroller sekejap je, saya dah hek hek...
Itu jelah yang saya dengan papa & mama buat cuti ni. Minggu depan baru nak balik kampung. Jumpa atok mak. Mok teh pun balik jugak nanti.

Thursday, January 22, 2009

Biasa-biasa

Beberapa hari ni, tak ada apa yang berlaku. Saya... dah pandai meniarap, so pantang mama dgn papa baringkan saya sekejap je saya dah meniarap. Dah terer la kata. ;p. Makcik faezah pun dah tak letak saya atas katil. Bentang tilam dekat bawah pastu letak tilam saya. Dia takut saya tergolek ke bawah. Hehehe... Nakal tak saya? Oh ya.. sekarang saya sudah suka tarik rambut mama. Jerit-jerit mama bila saya tarik. Saya suka genggam kuat-kuat bila pegang. Saya dah besar. Hari tu mama bagi saya makan nestum. Hari pertama tu mama buat cair. Saya nampak sudu terus saya toleh tempat lain. Saya ingat mama nak bagi ubat. So, saya nangis kuat-kuat. Hari selasa hari tu mama buat lagi. Mama buat pekat sikit. Mm... Barulah sedap. Nyam... Nyam... Jadi dengan rasminya makanan pertama yang masuk ke dalam perut saya adalah pada 20 Januari 2009. Er... tapi sebelum2 tu mama selalau suap kurma pada saya. Jadi, 20 Januari tu tak rasmi sangatlah. Hehehe...

Sunday, January 18, 2009

Penat

Hari Sabtu hari tu saya pergi The Curve. Mama nak cari buku. Lepas tu pergi Alamanda sebab mama nak ambil contact lense. Pukul 11 pagi dah keluar. Saya tidur sekejap je. Dalam kereta pun tidur sikit. Masa pergi Alamanda tu mama try contact lense baru saya duduk dengan papa dalam baby bjorn saya. Biasala bila saya duduk dalam tu, diam la saya. Mama janji jumpa dengan auntie xeda kat sana sebab auntie xeda pun nak buat spec. Masa mama try contact lense tu yang belah kanan dah leaur, belah kiri tak tau kat mana. Orang tu cakap mungkin dah terpelanting. So nanti dia ganti. Kitorg pun keluarla. Auntie xeda ajak pergi mkn dekat sunway. So pergi la. Masa sampai sana mama baru terasa lense tu ada dalam mata. Lepas tu baru dapat keluarkan. Saya baik hari ni. Tak menangis sangat. Dalam kereta asyik gelak je. Tengok gambar saya ni. Petang dah maghrib baru balik. Malam tu saya ingat boleh tidur awal. Dekat pukul 10 jugak baru saya tidur. Zzzz....

Saturday, January 17, 2009

Mama sakit perut

Hari ni mula-mula papa dgn mama ingat tak nak pergi mana-mana sebab mama sakit perut. Tapi petang sikit tu keluar jugak. Nak cari rumah sewa. Dekat dengan ofis mama. Jumpa. Cantik, ada swimming pool. Tapi... tingkat 4. Nak naik tangga. Adus....

Sunday, January 11, 2009

Yea! Yea! Meniarap



Semalam saya sudah pandai buat sesuatu lagi. Hari tu saya kata saya dah pandai meniarap kan? Tapi mama kena tolong saya. Hari ni saya sudah meniarap sendiri. Mama letak saya atas tilam. Mama pergi toilet. Lepas tu mama keluar tengok saya dah meniarap. Terkejut mama. Hehehe... Masa tu papa tak naik lagi. Bangga betul muka saya. Tengoklah gambar2 saya meniarap ni. :)

Saturday, January 10, 2009

Sembur

Hari ini saya sudah pandai buat sesuatu. Apa dia? Sembur air liur. Hehehe.... Br.... Saya sembur pada mama masa saya baring. Masa tu mama nak mandikan saya. Mula-mula saya main sikit lepas tu macam sedap saya sembur lagi. Papa sepuk mulut saya tapi saya ketawa. Hehehe... Hari ni pagi kitorg tak pergi mana-mana. Petang ikut papa keluar pergi jumpa kawan papa. Lepas tu pergi Jalan Pudu papa nak cari kedai. Tak ada apa yang berlaku.

Friday, January 9, 2009

Hari yang biasa

Semalam macam biasa. Tak ada apa-apa berlaku. Cuma saya sudah boleh meniarap. Tapi mama tarik tangan saya sikit. Tapi takpe saya mesti berusaha supaya saya boleh meniarap sendiri. ;P

Wednesday, January 7, 2009

5 bulan



Hari ini saya genap lima bulan. Lalala... Sebelum tu saya cerita dulu malam semalam saya, mama dengan papa pergi Seremban. Sebab papa ada kerja. Lepas kerja kitorang terus pergi. Dalam kereta saya tak nangis sangat. Sampai seremban lebih kurang pukul 8. Lepas tu terus pergi Jusco. Mama bawak saya dalam Baby Bjorn. Saya memang budak baik. Sebab saya diam saja. Kalau dalam stroller tentu saya dah nangis. Mama dengan papa minum dekat kopitiam pun saya diam. Pukul 9 baru balik sebab orang yang papa nak jumpa tu dah datang. Dalam kereta saya tidur. Kat rumah saya gelak-gelak dulu pastu baru tidur.
Tapi bila sedar pagi tadi saya nangis...nangis dan nangis.. sebab saya lapar. Papa kata nak beli kek hari ni. Walaupun saya tak boleh makan. Tapi saya nak ambil gambar dengan kek tu. Tengoklah gambar saya. :P

Monday, January 5, 2009

Adus...

Semalam adalah hari yang paling... Tak taulah paling apa. Papa dengan mama ambil saya dari rumah makcik Faezah macam biasa. Dalam kereta saya lapar. Nyam..Nyam.. Nyam... mama susukan saya. Mula-mula tu ok je. Mama singgah manjaku sekejap beli susu dengan diapers saya. Lepas tu terus balik. Masa on the way balik tu mula-mula saya prot... Pastu prot... lagi. Mama kata saya berak. So mama letak saya dalam seat. Lepas tu saya kwek.. kwek.. nangis. Mama pun angkat saya sebab tak tahan dengar saya nangis. LEpas tu... kata tangan mama ada sesuatu... Benda itu adalah taik saya. Kesian mama. Diapers saya bocor. Senget sebelah. Itu yang terkeluar tu. Habis kena seat saya. Lepas tu mama letak saya balik. Dah duduk dalam seat tu saya menangis la. Apa lagi. Tension je muka mama dengan papa. Nasib baik jalan tak jem. Tapi dah nak sampai rumah pulak yang jem. Saya nangis tak hengat punya ni. Mama angkat saya pastu balut dengan towel. Saya nangis lagi. Sampai rumah papa angkat seat saya papa basuh. Habis busuk satu kereta. Nasib baik pagi ni dah kering. Huhu...

Saturday, January 3, 2009

Baju baru


Hari ini saya pakai baju baru. (Macamlah tak pernah pakai baju baru) Memanglah pernah tapi hari ini lain sikit. Saya pakai baju ni. (tengok gambar). Mama kata saya nampak comel. Malam tu saya pergi Bangi. Mama dengan papa makan dekat village view. Saya baik malam tu. Mama makan pegang saya. Saya diam je. Okey tak banyak ceritalah hari ini.

Thursday, January 1, 2009

Main air liur di tahun baru

Hahaha... Hari ini saya sudah pandai sembur air liur. Habis basah baju mama. Biasanya air liur saya keluar saja. Tapi hari ini lain sedikit. Hari ini 1 Januari 2009. Hari cuti. Mula-mula papa dengan mama plan tak nak keluar. Sebab mama ada kerja. Tapi petang tu keluar juga sebab kerja mama dah siap. Pergi OU. Makan dekat tempat favourite mama dgn papa Korean BBQ. Mula-mula tu saya diam. Tapi lepas tu... saya tak nangis. Nak tau saya buat apa? Saya menjerit. Kuat. Habis satu restoran tu tengok meja kitorang. Tapi mama buat tak tau je. Dia gelak-gelak. Papa terus sambung makan. KEsian ada baby kat dalam tu. Dia tengah tidur. Sampai tersedar dia sebab dengar saya menjerit. Pukul 9 lebih baru kitorg balik rumah. Dalam kereta saya susu lepas tu zzzzz......