Lepas mission menampal gigi mama gagal maka hari ni kitorg akan berangkat balik ke kl. Sepanjang duduk sini saya tak nak langsung duduk dengan atok mak ataupun tok ayah. Saya pun tak tau kenapa. Pagi tu papa pergi basuh kete jap. Sementara tunggu tu saya tertidur. Biasala pagi2. Mama bawak balik siput. Atuk mak masak. Lupa nak cerita semalam mama makan kupang. Banyak sangat. Kenapa saya cerita? Okey tunggu...
Lepas papa basuh kete kitorg terus balik. Lebih kurang pukul 2 kitorg sampai kl. Memula tu saya okey je la. Petang tu saya tak tidur. Lepas tu dalam pukul 4 lebih mama bagi saya makan. Lepas tu susukan saya. Lepas tu jeng.. jeng.. jeng... Saya muntah. Sekali. Banyak jugak. Lepas tu relax kejap. Ok dah lama. Mama ingat dah okey. Mama susukan saya lagi. Lepas tu saya tertidur. Mama baringkan saya. Terus memancut. Saya muntah lagi! Sebenarnya sebelum tu pun saya dah muntah jugak bape kali tah. Tak ingat. Lepas tu sebab dah banyak kali kan. Baldi pun dah penuh dengan bed sheet, baju mama, baju papa dan baju saya jugak, mama dengan papa pun bawak saya pergi klinik. Dah la petang tu hujan. Time nak dekat maghrib masa tu pergi. Pastu bukan dr. mazlah. Tapi doktor yang ni okeylah jugak dia cek. Tapi muka dia sombong. Menyampah saya. Banyak jugak ubat dia bagi saya. Malam tu lepas makan ubat, tapi macam biasa makan ubat bergaduh satu rumah. Lepas tu saya tidur. Oh ya.. papa beli susu formula sebab saya tak boleh minum susu mama. Bak kata mokteh saya keracunan susu.
Sunday, April 12, 2009
Friday, April 10, 2009
Balik kampung lagi
Sepatutnya balik petang semalam. Tapi... macam biasala.. mama dengan papa penat lepas balik kerja. So balik pagi ni. Keluar rumah dalam pukul 11 lebih, pergi jumpa auntie xeda jap. Mama nak ambik barang lepas tu terus balik. Otw hujan lebat jugak. Papa bawak laju. Best. Saya diam je bila papa bawak laju. Bila slow... saya marah. Sampai muar lebih kurang pukul 2. Mama ingat nak tinggalkan saya dengan atuk mak sebab mama nak pergi dentist. Tapi atok mak ada meeting la pulak. Lagipun... saya tak nak. Atuk mak pegang je saya nangis. Lama saya tak tengok atuk mak agaknya tu yang rasa pelik tu.
Wednesday, April 8, 2009
8 bulan
Tralalala.... Saya sudah 8 bulan. Saya sudah boleh buat apa sekarang? Saya rasa sudah hampir boleh merangkak. Sebab... saya sudah boleh angkat bontot saya tinggi-tinggi. Takpe saya mesti berusaha lebih kuat lagi. Satu lagi sekarang saya sudah tak boleh duduk diam. Bila mama ke papa ke letak saya atas tilam depan tv sekejap je. Sekejap lagi saya dah mengesot sampai bawah. Saya nak capai decoder astro kat rak tu. Geram saya tengok lampu tu. Malam tadi saya pergi klinik. Dah berapa minggu saya batuk2. Last semalam mama dah tak tahan dengar saya batuk, mama dengan papa pun bawak saya pergi klinik. Lama Dr. Mazlah cek saya. Dia letak apa tah nama benda tu kat dada saya dengan belakang saya. Dia kata paru-paru saya ok. Jadi maknanya saya sihat. Cuma saya alahan habuk agaknya.
Okey nanti saya cerita lagi.
Okey nanti saya cerita lagi.
Monday, March 30, 2009
Kena botak
Hari ni papa dengan mama ambil cuti. Sebab mama penat ada event sabtu lepas. 3 minggu berturut-turut mama ada autograph signing. Mama bawak saya. Saya diam je. Saya kan budak baik. Okey saya tak nak cerita pasal tu. Since papa dengan mama cuti hari ni papa nak botakkan kepala saya. Sebab rambut saya dah panjang. Ok tengok gambar saya sebelum rambut saya dipotong. Mula-mula papa gunting dulu sebab rambut saya panjang sangat. Susah nak shave. Saya duduk diam tak? Jawapannya tidak. Kepala saya berpusing-pusing setiap kali papa gunting rambut saya. Hasilnya rambut saya jadi begini. Hahaha! Padan muka saya. Papa tak berani nak shave rambut saya sebab takut saya tak duduk diam. Nanti kepala saya terluka pulak.
Thursday, March 19, 2009
Hepi besday mama
Hari ni hari jadi mama. Tapi papa takde. Sian mama. Tapi mokteh ada. Mama ingat nak tinggalkan saya dengan mokteh ari ni. Tapi sebab takde susu dekat rumah. So kena jugak hantar rumah makcik faezah. Malam baru papa balik. Papa beli ikan kerapu dengan keropok lekor banyak. Mokteh sampai naik juling tengok ikan tu besar. Saya? Mana boleh makan lagi. Mama suap saya dengan chicken and vege tu je la. Tapi sedap jugak nyam... nyam... nyam...
Wednesday, March 18, 2009
Ambik mokteh
Hari ni hari kedua papa outstation. Pagi tadi saya naik kete saya tak nangis. Saya baik kan? Petang ni mokteh sampai. Mokteh datang temankan mama. Mama dgn saya g amik mokteh dekat hentian serdang. Senang sikit. Mama malas nak masuk kl. Kesian mokteh, kena naik bas keling. Bukak cerita keling kuat2. Bengong betul. Pastu bas tu melencong ke Seremban pulak. Patutnya mokteh dah sampai pukul 6 lebih. Tapi sebab bas bengong tu mokteh sampai dekat pukul 8. Saya dengan mama mula2 tunggu depan masjid UPM. Ok UPM tu tempat mama dengan papa belajar dulu ya. Tapi bila dah nak dekat mahgrib mama risau tengok saya. Hehe...
Mama call auntie anim. Nasib baik dia ada dekat rumah. So mama dgn saya tunggu dekat situ sampai mokteh call. Kejap je.
Malam tu tak pergi mana2. Mama dgn mokteh penat. Balik rumah terus. Saya? Saya baik. Main2 sikit lepas tu saya zzz....
Mama call auntie anim. Nasib baik dia ada dekat rumah. So mama dgn saya tunggu dekat situ sampai mokteh call. Kejap je.
Malam tu tak pergi mana2. Mama dgn mokteh penat. Balik rumah terus. Saya? Saya baik. Main2 sikit lepas tu saya zzz....
Tuesday, March 17, 2009
Papa outstation
Hwa! Hwa! Saya tinggal dengan mama hari ni. Papa pergi outstation. Papa pergi pagi tadi. Hari Khamis atau Jumaat baru papa balik. Driver papa amik kat rumah tadi. So, saya pergi rumah makcik Faezah dengan mama. Mula2 mama nak cuti tadi. Tapi sebab mama banyak kerja, so kena datang jugak. Dalam kereta tadi. Saya nangis sikit2 je. Lepas tu dah dekat nak sampai saya dah nak tertidur. Tapi mama usik2 saya tak nak bagi saya tidur. So, kat rumah makcik faezah nanti saya tidur. Ok nanti saya cerita lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
