Thursday, January 29, 2009
Katil baru
Haha.. Semalam papa dengan mama bawak saya pergi satu tempat. Mana? Ikea lah. Tempat favourite papa dengan mama. Beli apa? Katil saya! Saya sudah ada katil baru. Tengok lah. Cantik tak. Katil tu harga dia RM 179. Tilam saya dah nak sama mahal dengan katil RM 169. Katil pertama saya. Hehehe...
Tuesday, January 27, 2009
Cuti hari raya cina
Cuti raya cina 4 hari. Tapi mama dengan papa tak nak balik kampung. Diorg malas. Sebab takut jem campur mama dengan papa nak bangun lambat pagi-pagi. Hari Sabtu pergi Alamanda ambil contact lense mama. Ahad pun pergi Alamanda. Apa lagi ntah mama. Pastu jumpa Auntie Sha dengan Kak Dania. Perut Auntie Sha dah besar. Tak lama lagi saya ada kawan baru lagi.
Isnin pergi melepak rumah auntie Xeda. Biasalah muka kitorg je time cuti kat sana. Pastu mama belanja auntie xeda dengan uncle black makan. Abang Oman pun ada. Uncle black? Haha.. Gelaran yang auntie xeda bagi pada uncle musa.
Selasa petang baru keluar. Papa dengan mama nak pergi beli groceries. Saya? Mama tak bawak stroller. Takut saya tak duduk diam. Mama bawak dalam baby bjorn. Entah kenapa kalau duduk dalam tu saya diam je. Tapi kalau duduk dalam stroller sekejap je, saya dah hek hek...
Itu jelah yang saya dengan papa & mama buat cuti ni. Minggu depan baru nak balik kampung. Jumpa atok mak. Mok teh pun balik jugak nanti.
Isnin pergi melepak rumah auntie Xeda. Biasalah muka kitorg je time cuti kat sana. Pastu mama belanja auntie xeda dengan uncle black makan. Abang Oman pun ada. Uncle black? Haha.. Gelaran yang auntie xeda bagi pada uncle musa.
Selasa petang baru keluar. Papa dengan mama nak pergi beli groceries. Saya? Mama tak bawak stroller. Takut saya tak duduk diam. Mama bawak dalam baby bjorn. Entah kenapa kalau duduk dalam tu saya diam je. Tapi kalau duduk dalam stroller sekejap je, saya dah hek hek...
Itu jelah yang saya dengan papa & mama buat cuti ni. Minggu depan baru nak balik kampung. Jumpa atok mak. Mok teh pun balik jugak nanti.
Thursday, January 22, 2009
Biasa-biasa
Beberapa hari ni, tak ada apa yang berlaku. Saya... dah pandai meniarap, so pantang mama dgn papa baringkan saya sekejap je saya dah meniarap. Dah terer la kata. ;p. Makcik faezah pun dah tak letak saya atas katil. Bentang tilam dekat bawah pastu letak tilam saya. Dia takut saya tergolek ke bawah. Hehehe... Nakal tak saya? Oh ya.. sekarang saya sudah suka tarik rambut mama. Jerit-jerit mama bila saya tarik. Saya suka genggam kuat-kuat bila pegang. Saya dah besar. Hari tu mama bagi saya makan nestum. Hari pertama tu mama buat cair. Saya nampak sudu terus saya toleh tempat lain. Saya ingat mama nak bagi ubat. So, saya nangis kuat-kuat. Hari selasa hari tu mama buat lagi. Mama buat pekat sikit. Mm... Barulah sedap. Nyam... Nyam... Jadi dengan rasminya makanan pertama yang masuk ke dalam perut saya adalah pada 20 Januari 2009. Er... tapi sebelum2 tu mama selalau suap kurma pada saya. Jadi, 20 Januari tu tak rasmi sangatlah. Hehehe...
Sunday, January 18, 2009
Penat
Hari Sabtu hari tu saya pergi The Curve. Mama nak cari buku. Lepas tu pergi Alamanda sebab mama nak ambil contact lense. Pukul 11 pagi dah keluar. Saya tidur sekejap je. Dalam kereta pun tidur sikit. Masa pergi Alamanda tu mama try contact lense baru saya duduk dengan papa dalam baby bjorn saya. Biasala bila saya duduk dalam tu, diam la saya. Mama janji jumpa dengan auntie xeda kat sana sebab auntie xeda pun nak buat spec. Masa mama try contact lense tu yang belah kanan dah leaur, belah kiri tak tau kat mana. Orang tu cakap mungkin dah terpelanting. So nanti dia ganti. Kitorg pun keluarla. Auntie xeda ajak pergi mkn dekat sunway. So pergi la. Masa sampai sana mama baru terasa lense tu ada dalam mata. Lepas tu baru dapat keluarkan. Saya baik hari ni. Tak menangis sangat. Dalam kereta asyik gelak je. Tengok gambar saya ni. Petang dah maghrib baru balik. Malam tu saya ingat boleh tidur awal. Dekat pukul 10 jugak baru saya tidur. Zzzz....
Saturday, January 17, 2009
Mama sakit perut
Hari ni mula-mula papa dgn mama ingat tak nak pergi mana-mana sebab mama sakit perut. Tapi petang sikit tu keluar jugak. Nak cari rumah sewa. Dekat dengan ofis mama. Jumpa. Cantik, ada swimming pool. Tapi... tingkat 4. Nak naik tangga. Adus....
Sunday, January 11, 2009
Yea! Yea! Meniarap
Semalam saya sudah pandai buat sesuatu lagi. Hari tu saya kata saya dah pandai meniarap kan? Tapi mama kena tolong saya. Hari ni saya sudah meniarap sendiri. Mama letak saya atas tilam. Mama pergi toilet. Lepas tu mama keluar tengok saya dah meniarap. Terkejut mama. Hehehe... Masa tu papa tak naik lagi. Bangga betul muka saya. Tengoklah gambar2 saya meniarap ni. :)
Saturday, January 10, 2009
Sembur
Hari ini saya sudah pandai buat sesuatu. Apa dia? Sembur air liur. Hehehe.... Br.... Saya sembur pada mama masa saya baring. Masa tu mama nak mandikan saya. Mula-mula saya main sikit lepas tu macam sedap saya sembur lagi. Papa sepuk mulut saya tapi saya ketawa. Hehehe... Hari ni pagi kitorg tak pergi mana-mana. Petang ikut papa keluar pergi jumpa kawan papa. Lepas tu pergi Jalan Pudu papa nak cari kedai. Tak ada apa yang berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
