Monday, July 20, 2009
Potong rambut
Semalam saya dengan mama dan papa sudah balik KL. Petang semalam kami singgah Melaka ikut tt kelab Jazz papa. Pergi makan ikan bakar sekejap di Pernu. Saya? Hm... Macam biasalah. Mula-mula dia lepas tu mulalah meragam. Lepas makan terus balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 10.
Hari ini papa dan mama cuti. Pagi ini, papa dan mama ada misi. Misi memotong rambut saya. Hahaha... Kepala saya berpusing sana sini nak tengok apa yang papa buat. Mula-mula papa ingat nak botakkan. Tetapi saya tak boleh duduk diam. So papa takut. Papa potong rambut sahaja. Ini kali ketiga rambut saya dipotong. Okey... Lepas potong rambut, makan dan saya pun zzzz...
Tengoklah rambut saya. Tukal takil sebab tak tahu duduk diam. Padan muka saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment