Blogger Backgrounds

Friday, July 17, 2009

Pergi JB















Okey... pagi ni saya bangun awal juga. Pukul 8 lebih. Pagi ni saya, mama, papa dan atok mak akan ke JB. Inilah kerja mama yang saya cakap tu. Rupa-rupanya mama nak terima Anugerah Sasterwan Darul Ta'zim untuk buku Sekolah Kampung yang mama tulis. Hm... Apabila sudah besar nanti, saya mesti baca buku itu. Kami bertolak pukul 10 lebih. Papa bawak biasa2 saja. Sampai JB pukul 1230. Hm... Ini first time saya sampai JB. Sampai kami semua pergi makan di Restoran Singgah Selalu. Mula-mula saya diamlah. Bila makanan sampai... saya pun hek... hek... Terpaksa la mama pegang saya dulu. Papa makan. Kena gilir. Kesian papa dan mama. Saya ni nakal ke? ;p Lepas makan terus pergi Hotel Puteri Pacific. Oh ya.. ini hotel kedua saya. Mama dapat bilik free kat sini. Tunggu mokteh kat sana. Nak amik atok mak dan pergi cek in hotel mokteh. Mama nak book hotel utk atok mak dan moteh di Puteri Pacific ni aja. Tapi dah penuh. Terpaksa lah diorg stay di J.A Residence. Saya pun tak tahu kat mana hotel tu.
Petang tu tak buat apa-apa sangat. Mama nak suruh saya tidur supaya malam nanti saya tak meragam. Tapi... hm... macam biasalah. Bukannya saya tidur pun. Main sana main sini. Petang pukul 630 baru mokteh dgn atok mak sampai. Mokteh nak makeup kan mama. Maklumlah mama tak pernah make up. Lepas siap-siap lebih kurang pukul 745 kami semua pun bergerak ke Persada. Tempat mama ambil anugerah tu. Mula-mula saya okeylah. Mama tak duduk sekali dengan saya. Mama duduk depan tempat yang mereka sudah sediakan. Saya duduk dengan papa. Majlis itu bermula pukul 8.30. Menteri besar Johor yang rasmikan majlis itu. Mula-mula saya duduk diamlah. Masa mama naik pentas, saya siap tepuk tangan dan bersorak untuk mama. Beberapa jam kemudian, saya pun mula lah.. ehek sana ehek sini... Lepas tu saya pun meraung sekuat-kuat hati. Sampai papa kena bawa saya keluar dari dewan itu, kesian papa dan mokteh. Kena bergilir-gilir pegang saya. Klimaksnya... mokteh bawa saya keluar. Papa kat dalam dewan, ingatkan saya dah tidur. Sebab saya nangis kuat sangat, mokteh terpaksa minta tolong orang panggilkan papa di dalam dewan. Sampai mama dah sudah majlis pun saya tak berhenti nangis lagi. Mama makan laju-laju. Papa pun sama. Teruklah saya ni. Tapi.. saya nak mama dan papa. ;( Minta maaf mama, papa. Apapun tahniah kepada mama saya.

Ini gambar-gambar semasa saya di sana. Pertama kali sampai ke JB

No comments: