Monday, July 20, 2009
Potong rambut
Semalam saya dengan mama dan papa sudah balik KL. Petang semalam kami singgah Melaka ikut tt kelab Jazz papa. Pergi makan ikan bakar sekejap di Pernu. Saya? Hm... Macam biasalah. Mula-mula dia lepas tu mulalah meragam. Lepas makan terus balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 10.
Hari ini papa dan mama cuti. Pagi ini, papa dan mama ada misi. Misi memotong rambut saya. Hahaha... Kepala saya berpusing sana sini nak tengok apa yang papa buat. Mula-mula papa ingat nak botakkan. Tetapi saya tak boleh duduk diam. So papa takut. Papa potong rambut sahaja. Ini kali ketiga rambut saya dipotong. Okey... Lepas potong rambut, makan dan saya pun zzzz...
Tengoklah rambut saya. Tukal takil sebab tak tahu duduk diam. Padan muka saya
Saturday, July 18, 2009
Masih di JB
Pagi ni saya bangun lambat. Maklumlah penat sangat semalam. Pukul 930 baru bangun. Sedap betul tidur. Itupun sebab ada orang kacau. Teruk betul kacau privacy orang nak tidur. Pagi-pagi sudah telefon. Terpaksalah kami semua bangun. Selepas bersiap-siap, kami semua pergi makan, mee rebus di stulang laut. Saya tengoka sajalah bukan boleh makan pun. Tak pergi jalan sangat. Lepas makan tu, pergi rumah mak long sekejap lepas tu pergi makan di Johnnys. Mokteh belanja. Macam biasa saya tengok saja dan menangis la macam biasa. Balik tu papa bawa kereta laju betul. Pukul 530 dari JB, pukul 715 sudah sampai Muar. Papa best! Balik tu saya penat juga, sebab saya tidur awal.
Friday, July 17, 2009
Pergi JB
Okey... pagi ni saya bangun awal juga. Pukul 8 lebih. Pagi ni saya, mama, papa dan atok mak akan ke JB. Inilah kerja mama yang saya cakap tu. Rupa-rupanya mama nak terima Anugerah Sasterwan Darul Ta'zim untuk buku Sekolah Kampung yang mama tulis. Hm... Apabila sudah besar nanti, saya mesti baca buku itu. Kami bertolak pukul 10 lebih. Papa bawak biasa2 saja. Sampai JB pukul 1230. Hm... Ini first time saya sampai JB. Sampai kami semua pergi makan di Restoran Singgah Selalu. Mula-mula saya diamlah. Bila makanan sampai... saya pun hek... hek... Terpaksa la mama pegang saya dulu. Papa makan. Kena gilir. Kesian papa dan mama. Saya ni nakal ke? ;p Lepas makan terus pergi Hotel Puteri Pacific. Oh ya.. ini hotel kedua saya. Mama dapat bilik free kat sini. Tunggu mokteh kat sana. Nak amik atok mak dan pergi cek in hotel mokteh. Mama nak book hotel utk atok mak dan moteh di Puteri Pacific ni aja. Tapi dah penuh. Terpaksa lah diorg stay di J.A Residence. Saya pun tak tahu kat mana hotel tu.
Petang tu tak buat apa-apa sangat. Mama nak suruh saya tidur supaya malam nanti saya tak meragam. Tapi... hm... macam biasalah. Bukannya saya tidur pun. Main sana main sini. Petang pukul 630 baru mokteh dgn atok mak sampai. Mokteh nak makeup kan mama. Maklumlah mama tak pernah make up. Lepas siap-siap lebih kurang pukul 745 kami semua pun bergerak ke Persada. Tempat mama ambil anugerah tu. Mula-mula saya okeylah. Mama tak duduk sekali dengan saya. Mama duduk depan tempat yang mereka sudah sediakan. Saya duduk dengan papa. Majlis itu bermula pukul 8.30. Menteri besar Johor yang rasmikan majlis itu. Mula-mula saya duduk diamlah. Masa mama naik pentas, saya siap tepuk tangan dan bersorak untuk mama. Beberapa jam kemudian, saya pun mula lah.. ehek sana ehek sini... Lepas tu saya pun meraung sekuat-kuat hati. Sampai papa kena bawa saya keluar dari dewan itu, kesian papa dan mokteh. Kena bergilir-gilir pegang saya. Klimaksnya... mokteh bawa saya keluar. Papa kat dalam dewan, ingatkan saya dah tidur. Sebab saya nangis kuat sangat, mokteh terpaksa minta tolong orang panggilkan papa di dalam dewan. Sampai mama dah sudah majlis pun saya tak berhenti nangis lagi. Mama makan laju-laju. Papa pun sama. Teruklah saya ni. Tapi.. saya nak mama dan papa. ;( Minta maaf mama, papa. Apapun tahniah kepada mama saya.
Ini gambar-gambar semasa saya di sana. Pertama kali sampai ke JB
Thursday, July 16, 2009
Balik kampung sekejap
Petang ni saya dgn mama dan papa akan balik kampung lagi. Kami semua kena pergi JB esok. Mama ada kerja. Kerja apa ya? Saya pun tak tahu. Lepas mama balik kerja terus balik Muar. Tapi macam biasalah mama dgn papa menyinggah dulu. Pergi Alamanda sekejap. Sebab ada barang yang mama nak beli. Lepas tu terus balik. Sampai rumah atok mak lebih kurang pukul 11 lebih.
Saya tak tidur terus. Main-main sekejap. Lepas tu baru tidur.
Saya tak tidur terus. Main-main sekejap. Lepas tu baru tidur.
Wednesday, July 8, 2009
11 bulan
Lala... Saya sudah sebelas bulan. Saya sudah pandai apa sekarang? Er... pandai jerit, pandai nyanyi, pandai gigit mama dgn papa saya. Semalam mama cuti sebab makcik faezah balik Johor. Mama bawak saya pergi... Ou. Macam biasa la. Tempat favourite papa dgn mama. Nak cari kasut saya. Nasib baik jumpa. Mama belikan Zara Baby... Hm.... Kasut saya paling mahal. Lepas sale pun 79.90. Takut tak? Tapi kasut tu cantik. Tengok gambar ni.
Oh ya lupa nak cakap, satu lagi... saya dah pandai bawa kereta papa....
Oh ya lupa nak cakap, satu lagi... saya dah pandai bawa kereta papa....
Subscribe to:
Posts (Atom)