Blogger Backgrounds

Monday, March 30, 2009

Kena botak

Hari ni papa dengan mama ambil cuti. Sebab mama penat ada event sabtu lepas. 3 minggu berturut-turut mama ada autograph signing. Mama bawak saya. Saya diam je. Saya kan budak baik. Okey saya tak nak cerita pasal tu. Since papa dengan mama cuti hari ni papa nak botakkan kepala saya. Sebab rambut saya dah panjang. Ok tengok gambar saya sebelum rambut saya dipotong. Mula-mula papa gunting dulu sebab rambut saya panjang sangat. Susah nak shave. Saya duduk diam tak? Jawapannya tidak. Kepala saya berpusing-pusing setiap kali papa gunting rambut saya. Hasilnya rambut saya jadi begini. Hahaha! Padan muka saya. Papa tak berani nak shave rambut saya sebab takut saya tak duduk diam. Nanti kepala saya terluka pulak.

Thursday, March 19, 2009

Hepi besday mama

Hari ni hari jadi mama. Tapi papa takde. Sian mama. Tapi mokteh ada. Mama ingat nak tinggalkan saya dengan mokteh ari ni. Tapi sebab takde susu dekat rumah. So kena jugak hantar rumah makcik faezah. Malam baru papa balik. Papa beli ikan kerapu dengan keropok lekor banyak. Mokteh sampai naik juling tengok ikan tu besar. Saya? Mana boleh makan lagi. Mama suap saya dengan chicken and vege tu je la. Tapi sedap jugak nyam... nyam... nyam...

Wednesday, March 18, 2009

Ambik mokteh

Hari ni hari kedua papa outstation. Pagi tadi saya naik kete saya tak nangis. Saya baik kan? Petang ni mokteh sampai. Mokteh datang temankan mama. Mama dgn saya g amik mokteh dekat hentian serdang. Senang sikit. Mama malas nak masuk kl. Kesian mokteh, kena naik bas keling. Bukak cerita keling kuat2. Bengong betul. Pastu bas tu melencong ke Seremban pulak. Patutnya mokteh dah sampai pukul 6 lebih. Tapi sebab bas bengong tu mokteh sampai dekat pukul 8. Saya dengan mama mula2 tunggu depan masjid UPM. Ok UPM tu tempat mama dengan papa belajar dulu ya. Tapi bila dah nak dekat mahgrib mama risau tengok saya. Hehe...
Mama call auntie anim. Nasib baik dia ada dekat rumah. So mama dgn saya tunggu dekat situ sampai mokteh call. Kejap je.
Malam tu tak pergi mana2. Mama dgn mokteh penat. Balik rumah terus. Saya? Saya baik. Main2 sikit lepas tu saya zzz....

Tuesday, March 17, 2009

Papa outstation

Hwa! Hwa! Saya tinggal dengan mama hari ni. Papa pergi outstation. Papa pergi pagi tadi. Hari Khamis atau Jumaat baru papa balik. Driver papa amik kat rumah tadi. So, saya pergi rumah makcik Faezah dengan mama. Mula2 mama nak cuti tadi. Tapi sebab mama banyak kerja, so kena datang jugak. Dalam kereta tadi. Saya nangis sikit2 je. Lepas tu dah dekat nak sampai saya dah nak tertidur. Tapi mama usik2 saya tak nak bagi saya tidur. So, kat rumah makcik faezah nanti saya tidur. Ok nanti saya cerita lagi.

Sunday, March 15, 2009

Buku baru mama


Pagi tadi saya bangun awal. Main2 atas katil lepas tu baru mama mandikan. Lepas tu saya makan. Lupa nak cakap saya dah ada food baru. Vege dengan chicken. Sedap. Sebab saya makan sampai habis setiap kali mama suap. Tengah hari keluar pergi SACC Mall. Dekat mana tu? Shah Alam. Ada apa dekat sana? Launching buku baru mama. Tempat Ke-2? Comel cover buku tu. Saya? Duduk dengan papa. Papa bawak jalan2. Lepas tu ramai betul pegang saya. Sampai saya pun tak ingat siapa yang pegang. Lepas tu mama terjumpa kawan mama, kawan papa dan kawan saya. Macam mana tu. Auntie yan kawan mama, uncle ajas kawan papa. Edrial kawan saya. Hehe... Tapi dia nangis2 la semalam. Saya budak baik. Saya tak nangis2. Kitorg duduk sana sampai pukul 4 lebih. lepas tu baru balik. Ni cover buku mama. Cantik tak?

Monday, March 9, 2009

Mokteh nak shopping

Hari ni, pagi-pagi lagi dah keluar. Nak pergi OU. Mokteh nak g shopping. Petang ni mokteh nak balik JB. So kena g cepat2. Saya dah siap awal2. Naik kete apa lagi. Saya tidurla. Masa diorng jalan2 tu. Mula2 saya tak tidur lagi. Time diorg nak pergi makan, papa tidurkan saya. Zzzzz.... Saya memang sangat mengantuk. Lama jugak saya tidur. Papa, mama, mokteh dengan kawan mokteh g makan dekat Seoul Garden. Saya tidur lama betul. Dapatlah mama makan dengan tenang.
Petang tu mokteh nak balik. Sebelum dia balik... Mokteh bagi saya duit. Hahah.. RM50. Banyak tak. Kecik2 lagi saya sudah ada banyak duit.
Okey jumpa lagi.

Saturday, March 7, 2009

Makin besar

Hari ni... saya genap 7 bulan. Saya dah makin besar. Sekarang ni saya dah boleh duduk tapi kena pegang. Tengok gambar saya dalam stroller. Saya dah tak nak sandar kalau saya duduk dalam stroller. Pagi tadi mama dengan papa tak keluar. Petang baru keluar. Pergi tengok auntie sha. Haha... Saya dapat kawan baru. Nama dia... Entah mama dia tak nak bagitau. Tapi dia boy jugak. Adik Kak Dania. Auntie Sha bersalin tengah hari. Petang tu kitorg pergi ou dulu. Mama dgn papa nak makan lepas tu nak cari hadiah. Lepas maghrib baru kitorg sampai kat klinik tu. Lama jugak duduk situ. Lepas tu pergi Pajam. Nak ambik mokteh. Pajam? Kat mana tu? Biasanya tengok perkataan Pajam masa balik rumah tok mak je. Hari ni saya sampai Pajam. Ok Pajam tu dekat Negeri Sembilan ya kawan-kawan. Malam pukul 11 lebih baru ambik mokteh. Lepas tu malam tu saya balik terus tidur. Penat....

Friday, March 6, 2009

6hb

Hari ini berapa haribulan? 6hb. Esok? 7hb. Maknanya? Esok saya 7 bulan! Ha! Ha! Ha! Saya sudah semakin besar. Sekarang sayang sudah meniarap dengan laju. Boleh pusing 360 degree. Hebat tak saya? ;P
Malam tadi saya bangun banyak kali. Tapi ada sekali tu saya bangun, saya tak nangis. Saya cubit tangan mama sikit-sikit. Mama tersedar. Saya nampak mama bukak mata sebelah. Heheh.... Saya lapar... Mama bagi susu terus saya nyam... nyam...