Monday, February 2, 2009
Cuti lagi...
Minggu ni cuti panjang lagi. Balik kampung! Jumpa atok mak, atok ayah dgn mok teh. Sabtu tengah hari baru gerak dari kl. Dalam kereta saya tidur sampai ayer keroh. Itu pun saya sedar sebab papa slowkan kereta. Hm... Tadi masa laju best je saya tidur. Sampai muar dalam pukul 1 lebih. Atok mak dengan atok ayah ada kat umah. Mok teh sampai petang tu. Malam tu kitorg sume pergi makan ikan bakar dekat pernu. Diorang sajalah yang makan. Saya mana boleh makan lagi. Hehehe... Naik 'gajah' atok. Gajah? Mama dengan papa panggil kete atok ayah 'gajah' sebab besar giler.
Besoknya saya tak pergi mana-mana. Pagi tu mama dengan papa keluar sekejap. Saya tinggal dengan atuk mak. Saya tidur je. Zzzz... Malam tu pergi makan yong tau fu. Mok teh pulak belanja. Oh ya lupa nak cakap, semalam mama dgn papa yang belanja makan ikan bakar tu. Malam ni mama bawak saya dalam baby bjorn. Jadi saya senyaplah. Semalam mama pegang je, sebab tu saya mengaruk. Sampai mama tak boleh makan.
Isnin pagi-pagi lagi mama dengan papa dah siap2 nak balik. Takut jem. Pukul 12 lebih dah sampai kl. Macam biasa dalam kereta saya tidur. Sampai rumah pun saya tidur lagi. Penat agaknya.
Tapi perjalanan saya tidak berakhir di situ. Petang tu mama dengan papa pergi jalan lagi! Pergi the curve. Mama nak cari kasut untuk stok take esok. Apa entah stok take tu. Saya pun tak tau. Mama beli kasut crocs kaler biru. Papa beli baju replay. Saya? Huhu tak dapat apa2. Tapi takpe mama kata mama stop dulu beli barang saya. Bila saya dah besar sikit baru mama beli balik barang saya. Yahooo!!! Gambar tu saya tengah duduk berangan bawah pokok jambu atok mak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment