Blogger Backgrounds

Thursday, February 26, 2009

Tak boleh tidur...


Beberapa malam ni saya asyik terbangun malam dan asyik nangis je. Saya pun tak tahu kenapa. Mama bagi susu, saya tak nak. Saya susu sikit lepas tertidur balik. Tapi tak berapa minit lepas tu saya bangun balik. Hm... Mama sampai tension. Gilir-gilir dengan papa. Papa marah, mama pulak ambil saya. Mama marah, papa ambil balik. Hm... Kenapalah dengan saya ni. Tapi semalam mama dapat korek satu rahsia dari makcik faezah. Aduh... habislah saya. Mama tanya saya tidur kat rumah makcik faezah lama ke sekejap2. Dan nak tau apa makcik faezah jawab? Lama... Sebab makcik faezah bedung saya. Habislah... Malam tadi pun mama cuba bedung saya. Boleh tahan lama skit la saya tidur. Tapi tengah malam saya terbangun-terbangun balik.
Semalam mokteh hantar mms kat mama gambar saya dengan kura-kura. Apalah mokteh ni, siap buat cerita lagi. Saya attach gambar tu. Mama kata nanti mokteh nak datang sini. Hore! Saya yang hore ke mama yang hore? entahlah....

Monday, February 23, 2009

Lamanya....

Lama betul tak update blog ni. Macam-macam jugaklah yang tertinggal. Tapi takde benda penting sangat. Em... Macam biasa... saya dah makan. Dah makan biskut. Biskut yang mama beli hari tu, saya baru makan 2 keping. Tu pun tak habis lagi. Bila makan biskut mama kena alas tilam. Kalau tak... nanti saya makan dengan semut. Oh ya... Semalam papa beli vakum. Lalala... Kenapa papa beli vakum pun saya nak cerita? Papa beli vakum sebab nak sedut habuk. Tak nak saya batuk2 lagi. Ha... Papa saya sayang saya....

Thursday, February 12, 2009

Makanan pepejal pertama


Haha... Hari tu saya dah cerita saya dah makan kan. Hari ni saya nak cerita makanan pepejal pertama yang masuk dalam mulut saya semalam. Saya makan biskut perisa pisang. Habis comot mulut saya. Papa dgn mama belikan. Sedap... Tapi saya makan nak jolok semua dalam mulut. Tamak tak saya? Tengok kotak ni. Nilah makanan pepejal pertama saya. :)

Tuesday, February 10, 2009

Mama dan papa cuti

Hari ni saya demam lagi. Papa dengan mama terpaksa cuti. Sebab takut hantar rumah makcik faezah nanti saya meragam. Pagi2 lagi saya dah bangun. Mama mandikan saya dalam pukul 10 lebih. Bagi makan ubat lepas tu saya terus tidur. Tak ada apa sgt yang berlaku.
Oh ya petang tu kitorg keluar sekejap sebab papa ada hal. Sekejap saja. Pukul 2 keluar pukul 5 lebih dah balik.

Monday, February 9, 2009

Demam


Hari ni saya... Demam. Pagi tu mama dah rasa badan saya panas. Mama bagi ubat demam. Lepas tu saya tidur, tidur dan tidur je. Petang tu badan saya panas lagi. Mama dgn papa dah panik. Bawa saya pergi klinik. Nasib baik Dr. Mazlah yg duty. Dia cek saya. Saya masuk dengan mama je. Papa tunggu kat luar. Papa pun demam jugak. Sian papa. Dr. Mazlah bagi ubat demam dengan ubat batuk. Eh! Ada satu lagi. Antibiotik. Ada 3 ubat saya kena makan.
Balik tu mama dgn papa terus bagi saya 3 ubat tu. Saya? Hehehe.. Kali pertama papa suap. Mama pegang. Saya muntahkan semua ubat tu. Baru 2 ubat. Papa cuba lagi sekali. Saya muntahkan lagi sekali. Lepas tu papa dah malas nak bagi. Malam baru bagi. Itupun ubat demam je.
Mama kata mungkin demam 6 bulan agaknya. Malam tu saya tidur awal. Tapi demam saya tak surut lagi. Rasanya ini kali pertama saya demam. Hm... Malam saya bangun banyak kali. Kenapa? Saya pun tak tau...

Saturday, February 7, 2009

6 bulan


Hahaha... Saya sudah besar. Hari ini saya sudah genap 6 bulan. Sekarang saya sudah pandai tergolek. Mama letak je saya sekejap je saya dah meniarap. Hari tu nasib baik kepala saya tak terhantuk ke bawah. Masa saya tergolek ke kiri, tergolek ke kanan. Saya terlepas dari tilam depan tv. Mama nampak mama sempat capai. Tapi ada sekali tu terlepas jugak. Gedebek kepala saya terhentak atas simen. Saya pun apa lagi kuak kuek la. Mama pujuk saya, hehe... saya ketawa balik.
Satu lagi saya sudah boleh tinggikan dada. Maksud saya masa saya meniarap saya sudah boleh tegakkan tangan. Hehehe... Hebat tak saya? SAYA DAH BESAR!

Monday, February 2, 2009

Cuti lagi...



Minggu ni cuti panjang lagi. Balik kampung! Jumpa atok mak, atok ayah dgn mok teh. Sabtu tengah hari baru gerak dari kl. Dalam kereta saya tidur sampai ayer keroh. Itu pun saya sedar sebab papa slowkan kereta. Hm... Tadi masa laju best je saya tidur. Sampai muar dalam pukul 1 lebih. Atok mak dengan atok ayah ada kat umah. Mok teh sampai petang tu. Malam tu kitorg sume pergi makan ikan bakar dekat pernu. Diorang sajalah yang makan. Saya mana boleh makan lagi. Hehehe... Naik 'gajah' atok. Gajah? Mama dengan papa panggil kete atok ayah 'gajah' sebab besar giler.
Besoknya saya tak pergi mana-mana. Pagi tu mama dengan papa keluar sekejap. Saya tinggal dengan atuk mak. Saya tidur je. Zzzz... Malam tu pergi makan yong tau fu. Mok teh pulak belanja. Oh ya lupa nak cakap, semalam mama dgn papa yang belanja makan ikan bakar tu. Malam ni mama bawak saya dalam baby bjorn. Jadi saya senyaplah. Semalam mama pegang je, sebab tu saya mengaruk. Sampai mama tak boleh makan.
Isnin pagi-pagi lagi mama dengan papa dah siap2 nak balik. Takut jem. Pukul 12 lebih dah sampai kl. Macam biasa dalam kereta saya tidur. Sampai rumah pun saya tidur lagi. Penat agaknya.
Tapi perjalanan saya tidak berakhir di situ. Petang tu mama dengan papa pergi jalan lagi! Pergi the curve. Mama nak cari kasut untuk stok take esok. Apa entah stok take tu. Saya pun tak tau. Mama beli kasut crocs kaler biru. Papa beli baju replay. Saya? Huhu tak dapat apa2. Tapi takpe mama kata mama stop dulu beli barang saya. Bila saya dah besar sikit baru mama beli balik barang saya. Yahooo!!! Gambar tu saya tengah duduk berangan bawah pokok jambu atok mak.