Hari ni mama cuti. Makcik Faezah tak dapat jaga saya sebab abang dia meninggal. jadi dia balik kampung. Saya pun balik kampung sebab mama nak hantar kad mokteh. Saya balik malam tadi. Balik Kl semula pagi tadi. Penat juga. Sebab saya tidur awal. Okey, mama pun dah siap-siapkan beg saya untuk esok. Mama kena pergi kerja esok. Saya pun tidur awal. Lepas maghrib saya dah tidur. Zzz....
Hari esok...
Aik... Mama cuti lagi? Rupa-rupanya malam tadi mama dapat SMS dari Makcik Faezah. Dia cakap dia tak boleh balik sebab sedara dia suruh tunggu kenduri tahlil. Hm... Dapatlah saya duduk dengan mama lagi. Mama cuti hari ni dan esok. Kesian mama. Papa pun tak dapat buka kedai yang memang belum beroperasi pun.
Jadi saya duduk dengan mama dari ahri Rabu. Bestnya,
Wednesday, April 28, 2010
Thursday, April 8, 2010
Hai... Hai... Hai...


Wah... lama sungguh saya tak cerita apa-apa. Banyak perubahan pada diri saya sekarang. Sudah pandai memanjat. Sudah pandai bercakap sikit-sikit. Antara perkataan yang saya pandai sebut. "Ggigi", "Terggegeh-ggegeh", "cucu".
Hari ini hari bersejarah papa dan mama. Happy 4th anniversary papa dan mama. Kami celebrate di MFM. Papa belanja.
Satu lagi saya hendak cerita sesuatu. Maklumlah, dah lama tak update jadi banyak tertinggal cerita. Kedai papa sudah hampi dibuka. Sebelum makan di MFM tadi, kami ke kedai dahulu. Hm... Sudah siap cat. Nama kedai papa Auto Touch Services. Itu sempena nama company papa. Kepada papa, good luck. I love you.
Monday, January 4, 2010
Saya semakin pandai
Haha... 2 hari lagi saya akan masuk 1 tahun 5 bulan. Sekarang saya sudah pandai... nak susu. Bila saya lapar, saya akan duduk rapat-rapat dekat mama. Saya juga sudah pandai ambil tuala dan hlur pada mama. Maknanya saya mahu susu. Tapi saya sedih dua tiga hari ni mama kata nak stopkan susu badan. Sebab mama nak bagi susu botol. Saya tak nak! Sebab tu malam-malam saya kejut mama saya nak susu. Nyam.. Nyam..
Sori mama
Sori mama
Wednesday, December 23, 2009
Membebel
Sekarang saya sudah semakin kuat membebel. Antara perkataan yang saya pandai sebut, pa! ma! kak! dhudhuk! Okey itu yang jelas yang lain saya sebut tak jelas sangat. Saya juga semakin kuat main sekarang. Toy yang mama dan papa beli pun saya dah selalu main.
Wednesday, December 9, 2009
Rumah baru....
Secara rasminya saya dengan papa dan mama sudah berpindah ke Estana Court Condominium Kg. Pasir. Papa cat rumah warna purple... Cantik! Papa pun dah tukar kan tv yang berat tu kepada tv yang lebih slim. Hm... Tengok gambar rumah baru saya. Lori datang ambil baru hari Ahad. Hari Isnin mama cuti. Tapi mama kena hantar juga saya ke rumah Makcik Faizah. Sebab mama kata nanti saya kacau. Pagi tu papa pergi tengok kedai dekai seksyen 15 Shah Alam. Hm.. Saya nak doakan semoga bisnes papa bermula cepat.
Amin....
Amin....
Saturday, October 31, 2009
Aquaria! We're coming...
Wednesday, October 28, 2009
Help! There's a monster on my head
Menakutkan.... Pagi tadi masa on the way mama nak pergi kerja dan nak hantar saya ke rumah mak cik Faezah saya macam biasa susulah dulu. Masa tengah susu tu mama usap-usap kepala saya. Tiba-tiba.. jeng.. jeng...jeng.... Ada KUTU. Takutnya! Mama punyalah panik sampai nak el hari tu. Tapi sebab mama banyak kerja dan papa pun ada benda nak kena settle so diorg decide mama pergi ofis dulu lepas tu tengah hari baru mama dengan papa amik saya. Tapi dalam masa nak sampai tu mama cari jugalah 'monster' tu atas kepala saya. Banyak juga yang mama jumpa. Papa pun tolong sekali. Sebab masa tu tengah jam kan. Pastu sampai rumah mak cik faezah mama terus cakaplah ada monster atas kepala saya. Lepas tu dia boleh jawab... "a'ah memang ada kutu kan kepala ila ni" Kesian mama. Mama macam nak pengsan je masa tu.
Esoknya (Rabu) mama terus el dan kerja kepala saya. Sangat menakutkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)




