"Abang bangun! Mama nak pergi kerja ni." Pagi itu, macam biasa, mama kejut saya. Ikut papa pergi hantar mama. Saya pun ala-ala liatlah nak bangun. Tapi sebelum mama mengamuk baik saya bangun. Okey, saya bangun, papa dukung, masuk kereta saya tidur semula Zzzzz..... Wah sedapnya. Dahlah pagi ni mendung-mendung. Sedap betul tidur.
Lepas papa hantar mama, papa pergi beli nasi kat tempat biasa papa beli. Papa turun beli nasi. Papa lock pintu dan buka tingkap separuh.
"Hish! Papa ni buka tingkap pula. Bisinglah." Saya pun bangun dan tutup tingkap lepas tu terus sambung tidur semula. Hm... nyamannya.
"Dung! Dung!Dung!" Kereta dah bergoyang macam ada gempa bumi. Saya tetap tak sedar. Papa kata papa terus telefon mama. Tanya mama ada bawa kunci rumah spare tak. Jawapan mama, "Tak ada." Papa buat-buat cool lagi. Saya? Tidur lagi lah. Mama call papa banyak kali tanya saya dah sedar ke belum. Dek kerana tak senang duduk, mama datang dengan siapa lagi. Auntie Lia lah. Terima kasih Auntie sebab selalu tolong mama saya.
Mama ketuk cermin kuat. Auntie Lia ketuk pintu. Ada pak cik datang goyang kereta. Sudah hampi setengah jam. Saya masih lagi lena. Sampai mama cakap kat papa, pecahkan cermin kereta. Tetapi ada pak cik tu baik. Dia kata tak apa, kita tunggu dulu. Kalau sejam dia tak sedar juga kita pecahkan cermin. Siap ada orang datang nak buka kunci pakai dawai. Papa layan kan je. Papa tahu, kereta Honda tak boleh buat macam tu, sebab papa kata Honda ada double lock. Apa entah, saya pun tak faham. Bagus juga, sekurang-kurangnya susah sikit orang nak curi kereta papa. Okey, sambung semula. Kereta dah bergoyang macam apa. Selepas kira-kira empat puluh minit saya tersedar. Itu pun lepas ramai-ramai orang goyang kereta papa.
Saya bangun terus berdiri. "Kenapa ni ramai-ramai? Rasa nak tumbuklah semua orang ni?"
Saya nampak mama jerit, "Afif, buka tingkap ni."
Saya pun bukalah, papa seluk tangan buka kunci. Mama terus masuk kereta dan peluk saya. Saya masih tak faham. Saya tengok mama menangis, saya pun menangislah. Hish... apa lah yang terjadi ni. saya pun tak faham.