Blogger Backgrounds

Saturday, August 8, 2009

Tralalala...

Bangun! Bangun! Hari ini umur saya setahun. Saya semakin besar. Tetapi saya belum boleh jalan. Gigi sudah tumbuh 4 batang. 2 atas dan 2 bawah. Saya sudah makin pandai gigit. Saya juga sudah boleh tunjuk apa-apa dengan jari saya. Mama kata saya semakin comel.
Pagi ni dimulakan dengan, pergi klinik. Saya kena inject. Injection setahun. Sampai klinik pukul 9.30. Ramai juga orang. Pukul 10. 30 baru kami dipanggil masuk. Mula-mula mama kena inject. Saya gelakkan mama. Masa tu papa pegang saya. Lepas tu saya pula. Hahaha.. Tadi gelakkan mama. Sekarang saya pula. Saya kena inject dekat bahu. Kakak nurse pegang kaki, mama pegang tangan saya. Uwa!!!! Sekejap sahaja saya nangis. Sayakan hero. :p
Sekejap saja. Lebih kurang 10 minit. Lepas tu mama kena pergi kerja. Saya? Pergi rumah makcik faezah la.
Petang tu papa ambil lambat sikit sebab mama banyak kerja. Lagipun malam ni papa nak main futsal. Pukul 6 lebih baru papa ambil. Saya okey saja malam ini. Tengok papa main siap tepuk tangan lagi. Lebih kurang pukul 9 lebih kami balik dan nak pergi ambil mokteh. Esok kami semua hendak pergi kuantan.
Kuantan? Rasanya saya pernah pergi dahulu.
Pukul 11.30 baru mokteh sampai. Balik rumah saya terus.... Zz....
Setiap bulan biasanya mama dan papa beli kek? Tetapi bila saya sudah setahun ini, tak beli pula. Hm... mengapa ya?

No comments: