Blogger Backgrounds

Wednesday, August 19, 2009

Saya jatuh

Papa ambil saya petang tadi dari rumah makcik Faezah tengok2 mata saya dah ada kesan luka, bengkak dan lebam. Papa diam. Tak tanya makcik Faezah pun. Pastu papa amik mama. Petang tu mama tuam mata saya. Kurang sikit bengkak saya. Malam tu sapu ubat habbatus sauda pastu dah makin kurang. Hm... sian papa dengan mama. Risau. Nak cari tempat lain nak hantar takut saya tak serasi. Yang buat mama marah sangat tu, makcik faezah tak nak mengaku saya jatuh. DIa cakap saya kena gigit insect. Jahatla. Kalau saya boleh cakap kan bagus. Saya boleh cakap apa yang dah jadi pada saya. Mama kata esok mama EL sebab tak nak hantar saya ke rumah makcik faezah. Tapi... sampai bila. Sori mama. Sori papa. Saya nakal sangat agaknya. Tapi... saya nak belajar berjalan. :(

Saturday, August 8, 2009

Tralalala...

Bangun! Bangun! Hari ini umur saya setahun. Saya semakin besar. Tetapi saya belum boleh jalan. Gigi sudah tumbuh 4 batang. 2 atas dan 2 bawah. Saya sudah makin pandai gigit. Saya juga sudah boleh tunjuk apa-apa dengan jari saya. Mama kata saya semakin comel.
Pagi ni dimulakan dengan, pergi klinik. Saya kena inject. Injection setahun. Sampai klinik pukul 9.30. Ramai juga orang. Pukul 10. 30 baru kami dipanggil masuk. Mula-mula mama kena inject. Saya gelakkan mama. Masa tu papa pegang saya. Lepas tu saya pula. Hahaha.. Tadi gelakkan mama. Sekarang saya pula. Saya kena inject dekat bahu. Kakak nurse pegang kaki, mama pegang tangan saya. Uwa!!!! Sekejap sahaja saya nangis. Sayakan hero. :p
Sekejap saja. Lebih kurang 10 minit. Lepas tu mama kena pergi kerja. Saya? Pergi rumah makcik faezah la.
Petang tu papa ambil lambat sikit sebab mama banyak kerja. Lagipun malam ni papa nak main futsal. Pukul 6 lebih baru papa ambil. Saya okey saja malam ini. Tengok papa main siap tepuk tangan lagi. Lebih kurang pukul 9 lebih kami balik dan nak pergi ambil mokteh. Esok kami semua hendak pergi kuantan.
Kuantan? Rasanya saya pernah pergi dahulu.
Pukul 11.30 baru mokteh sampai. Balik rumah saya terus.... Zz....
Setiap bulan biasanya mama dan papa beli kek? Tetapi bila saya sudah setahun ini, tak beli pula. Hm... mengapa ya?

Thursday, August 6, 2009

Sehari sebelum

Hari ini 6 Ogos. Esok? 7 ogoslah. Makannya? Apabila orang tanya, berapa umur saya, mama sudah tidak boleh cakap __ bulan lagi. Sebab saya sudah hampir masuk setahun.
Hari ini tak pergi mana-mana. Balik kerja mama dan papa terus balik rumah. Mama ada kerja nak buat. So tak ada celebration lah.
Okey.. kita jumpa esok.