Blogger Backgrounds

Friday, December 23, 2011

Jumpa dentist?





Ya, saya ikut mama dan papa jumpa dentist. Papa mahu buat scalling. Dan mama sengaja bawa saya ke sini. Mama kata mahu biasakan saya jumpa dentist. Takut jadi macam mama. Dulu masa kecil-kecil, mama jarang pergi dentist. Sebab itu mama biasakan dari kecil.

Klinik itu cantik. Nama klinik itu Signature Dental. Doktor tu pun baik. Lupa pula saya nama doktor itu. Sementara menunggu saya tengok TV. Siap boleh pilih mahu tonton cerita apa. Saya tengok cerita Finding Nemo!

Okey itu sahaja.

Tuesday, September 6, 2011

Terkurung di dalam kereta

"Abang bangun! Mama nak pergi kerja ni." Pagi itu, macam biasa, mama kejut saya. Ikut papa pergi hantar mama. Saya pun ala-ala liatlah nak bangun. Tapi sebelum mama mengamuk baik saya bangun. Okey, saya bangun, papa dukung, masuk kereta saya tidur semula Zzzzz..... Wah sedapnya. Dahlah pagi ni mendung-mendung. Sedap betul tidur.
Lepas papa hantar mama, papa pergi beli nasi kat tempat biasa papa beli. Papa turun beli nasi. Papa lock pintu dan buka tingkap separuh.
"Hish! Papa ni buka tingkap pula. Bisinglah." Saya pun bangun dan tutup tingkap lepas tu terus sambung tidur semula. Hm... nyamannya.
"Dung! Dung!Dung!" Kereta dah bergoyang macam ada gempa bumi. Saya tetap tak sedar. Papa kata papa terus telefon mama. Tanya mama ada bawa kunci rumah spare tak. Jawapan mama, "Tak ada." Papa buat-buat cool lagi. Saya? Tidur lagi lah. Mama call papa banyak kali tanya saya dah sedar ke belum. Dek kerana tak senang duduk, mama datang dengan siapa lagi. Auntie Lia lah. Terima kasih Auntie sebab selalu tolong mama saya.
Mama ketuk cermin kuat. Auntie Lia ketuk pintu. Ada pak cik datang goyang kereta. Sudah hampi setengah jam. Saya masih lagi lena. Sampai mama cakap kat papa, pecahkan cermin kereta. Tetapi ada pak cik tu baik. Dia kata tak apa, kita tunggu dulu. Kalau sejam dia tak sedar juga kita pecahkan cermin. Siap ada orang datang nak buka kunci pakai dawai. Papa layan kan je. Papa tahu, kereta Honda tak boleh buat macam tu, sebab papa kata Honda ada double lock. Apa entah, saya pun tak faham. Bagus juga, sekurang-kurangnya susah sikit orang nak curi kereta papa. Okey, sambung semula. Kereta dah bergoyang macam apa. Selepas kira-kira empat puluh minit saya tersedar. Itu pun lepas ramai-ramai orang goyang kereta papa.
Saya bangun terus berdiri. "Kenapa ni ramai-ramai? Rasa nak tumbuklah semua orang ni?"
Saya nampak mama jerit, "Afif, buka tingkap ni."
Saya pun bukalah, papa seluk tangan buka kunci. Mama terus masuk kereta dan peluk saya. Saya masih tak faham. Saya tengok mama menangis, saya pun menangislah. Hish... apa lah yang terjadi ni. saya pun tak faham.

Saturday, July 16, 2011

Pavillion dan marshmellow



Hari ini kami keluar ke pavillion. Wah! Seronoknya saya. Mama belikan saya t-shirt diansour. 3 helai. Tq mama. Adik pun dapat juga. Mama dapat beg. Papa dapat deodorant. Nak shopping raya, tapi tak ada yang cantik. So beli sikit-sikit saja. Masa sampai saya tengok ada pameran bola. Bestnya. Saya menjerit-jerit tengok orang main bola. Papa dan mama buat tak tahu. Kesian papa dan mama. Adik cool je duduk dalam stroller. Ya lah saya sudah kena jalan sekarang, sebab adik sudah ambil stroller saya. Sedih...
Lepas jalan-jalan kami lepak di Coffee Bean. Bestnya. Dapat saya minum hot chocolate dengan marshmallow. Oh ya, hari tu mama belikan saya marshmellow. Ada macam-macam bentuk. Tapi yang paling best bentuk ais krim. Tq mama, sebab belikan. Tq papa, sebab tolong hantar mama pergi ambil marshmallow tu. Sedapnya. Okey berbalik pada cerita di Pavillion. Lepas lepak di coffee bean, kami tengok orang main bola. Ni adalah team Liverpool. Ya, saya bukannya tahu pun. Yang saya tahu, mereka main bola.
Rindunya pavillion.

Wednesday, June 22, 2011

Saya sudah ada kawan

Kali ini saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak meninggalkan blog ini lama-lama. (Okey itu janji dari dahulu) tapi sekurang-kurangnya saya mahu mencuba.~lalala~

Cerita pertama :
Saya sudah cakap yang mama saya pregnant bukan? Okey, sekarang mama sudah bersalin. Ini bermakna saya sudah ada adik dan saya sudah jadi abang. Ya ABANG Afif. Mama bersalin pada 6 Mei 2011. Masa mama pergi buat check up saya tinggal rumah nenek. Mama kata, masa check up Doktor Jamil (doktor yang sambut saya dahulu) kata dia free 6 Mei sahaja. Dua hari lagi! Mama dan papa berbincang, dan mereka bersetuju untuk 'mengeluarkan' adik pada 6 Mei. 5 Mei mama terus masuk ward. Saya? Tinggal dengan papa. Memang sedih. Sebab petang tu saya nak pergi tengok mama, guard tu tak bagi sebab dia kata budak kecil tak boleh masuk. Saya mengamuklah apa lagi. Jadi terpaksalah papa bawa saya naik juga jumpa mama. Saya sedih tengok mama. Tangan mama ada jarum. Saya nangis. Malam tu mama telefon. Mama menangis, saya pun menangis. Papa belikan saya straw spongebob. Heheh... saya suka.

6 Mei (pagi)
Mama akan masuk OP hari ini. Saya manalah tahu apa-apa. Saya tinggal rumah. Papa pergi hospital tengok mama. Pukul 9.19 pagi adik selamat dikeluarkan oleh Doktor Jamil di Hospital Ampang. Berat adik 3.1 kg. Saya suka!

Kedua
8 Mei Mama sudah keluar hospital. Petang itu terus balik rumah tok mak di Muar. Siapa nama adik saya? Hm... belum ada lagi. Cuma yang saya tahu Affan. Mama dan papa tak fikir lagi nama penuh. Minggu kedua baru adik ada nama. Muhammad Ali Affan. Hm... sedap bukan nama adik? Macam nama saya juga. :) Adik saya comel.

Ketiga
Sekali lagi saya dan mama menangis. Adik masuk hospital. Adik kena jaundice. Bacaan adik tinggi juga. 18 = 301. Pergi klinik kesihatan nurse di situ keluarkan surat terus suruh mama dan adik ke klinik. Dan sekali lagi saya tidak dibenarkan masuk. Hm... teruk betullah doktor ni. Adik kena duduk bawah lampu supaya kuning adik cepat turun. Empat hari mama dan adik di hospital. Sedih....

Sekarang adik sudah sihat. Saya, papa dan mama pun sudah balik kl. Adik sudah semakin sihat. Ini gambar terbaru saya dan adik. Siapa lagi comel? Tentulah dua-dua. Hehehe...

Friday, November 19, 2010

Sekali lagi...

Sudah banyak bulan saya tidak mencoret di sini. Wah! Pelik bukan ayat-ayat saya? Mengapa? Maknanya saya sudah semakin membesar. Banyak yang sudah berlaku dalam beberapa bulan ini. Oh! Kasihan... Tidak sempat hendak tulis.

Okey yang pertama. Saya sudah 2 tahun lebih! Mama, papa, mokte, pokteh dan poksu sambut hari jadi saya. Kami sambut di Janda Baik. Kami tidur sana. Mandi sungai. Oh! Sejuknya. Saya? Takut? Saya cecah air sedikit sahaja. Saya sudah menangis. Huhu... Malam tu papa masak barbeque dengan mokteh pok teh dan poksu. Saya makan juga sikit saja. Mama belikan saya kek. Pun saya makan sikit saja. Tapi saya dapat hadiah banyak. Poksu bagi saya board yang saya boleh tulis-tulis. Mokteh bagi saya kereta control. Best! Kalaulah hari jadi tiap-tiap hari. Hahaha... Terima kasih poksu dan mokteh. Mama dan papa tak dapat bagi apa2 sebab tak ada bajet. Takpelah, mama dengan papa dah sponsor barbeque dengan bayar resort ni pun dah ok. Nanti saya umur tiga tahun saya mahu hadiah ya. Hore!

Okey itu kejadian bulan Ogos. Bulan-bulan lain tidak banyak yang berlaku. (Banyak sebenarnya tetapi say sudah lupa)
Kita terus ke bulan Oktober. Bulan ini saya dapat tahu sesuatu. Saya bakal dapat... adik! Best tak? Hmm... entahlah. Bestlah juga. Ada berita baik dan tak baik. Berita baiknya saya dapat adik. Saya dijangka dapat adik kembar. Tapi berita tak baiknya, adik saya seorang sahaja yang survive. Yang seorang lagi... Tak mengapalah tuhan lebih sayangkan dia. Lagipun tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Itu kata mama dan papa.

Tak kisahla. Apa yang penting saya akan jadi abang! Saya mahu jadi abang yang baik. Saya mahu jaga mama, jaga papa dan jaga adik. Oh ya, lupa saya hendak beritahu. Mokteh pun bakal dapat baby. Haha... best tak? Maknanya saya akan dapat dua adik. Hore!

Okey nanti saya sambung lagi. Teruk betullah saya ni. Tulis sikit pun sudah penat.

Tuesday, July 6, 2010

Macam-macam

Oh! Banyak! Banyak dan sangat banyak yang saya sudah terlepas cerita. Sekarang ini pun saya tinggal lagi tidak sampai dua bulan akan masuk dua tahun. Dua tahun? Ya saya sudah besar.

Saya nak mula dari mana ya?

Okey... mula saya cerita pasal mokteh kawin. Mokteh dah kahwin? Ya mokteh kawin 12 Jun hari tu. Saya balik Muar hari Jumaat malam. Sabtu mokteh kawan dan Ahad rumah Pokteh. Pokteh? Ya Pokteh adalah husband mokteh. Hehehe.... sekarang saya sudah ada pokteh. Selepas majlis rumah pokteh, saya mama papa dan poksu tidur di rumah mokteh. Esoknya kami semua jalan-jalan di Puteri Harbour. Ada kapal!!!! Saya sudah pandai sebut kapal.

Okey cerita kedua. Oh ya... saya belum cerita lagi ya. Saya sudah bertukar babysitter. Akibat dari makcik faezah yang asyik nak bercuti. Mama pun tanyalah makcik depan rumah saya. Kebetulan pula. Jadi sekarang saya tinggal di rumah... nenek. Saya pun pandai sebut nenek. Mula-mula tu nangis juga. Tapi sekarang dah okey. Saya ada ramai kawan di situ.

Cerita ketiga pula. Hari tu pertama kali papa dan mama bawa saya tengok kapal terbang. Oh seronoknya saya. Tengok kapal terbang di hadapan mata saya. Besar betul. Kami pergi klia. Sebab nak hantar kawan papa pergi umrah. Mama kata nanti kami sekeluarga mesti pergi juga. Cuma tak tahu bila. Mungkin sebelum saya mula bersekolah. Bestnya. Saya mahu naik kapal.

Apa lagi ya... lama sangat tak update sampai dah tak ingat apa yang berlaku. Okeylah till then nanti kalau saya ingat saya update ya. Bye

Wednesday, April 28, 2010

Mama cuti 3 hari

Hari ni mama cuti. Makcik Faezah tak dapat jaga saya sebab abang dia meninggal. jadi dia balik kampung. Saya pun balik kampung sebab mama nak hantar kad mokteh. Saya balik malam tadi. Balik Kl semula pagi tadi. Penat juga. Sebab saya tidur awal. Okey, mama pun dah siap-siapkan beg saya untuk esok. Mama kena pergi kerja esok. Saya pun tidur awal. Lepas maghrib saya dah tidur. Zzz....

Hari esok...
Aik... Mama cuti lagi? Rupa-rupanya malam tadi mama dapat SMS dari Makcik Faezah. Dia cakap dia tak boleh balik sebab sedara dia suruh tunggu kenduri tahlil. Hm... Dapatlah saya duduk dengan mama lagi. Mama cuti hari ni dan esok. Kesian mama. Papa pun tak dapat buka kedai yang memang belum beroperasi pun.

Jadi saya duduk dengan mama dari ahri Rabu. Bestnya,