Blogger Backgrounds

Sunday, May 24, 2009

Macam-macam



Masa saya dalam perut mama dulu, mama cakap papa dgn mama pernah naik tow truck sebab kereta papa rosak. Tak boleh start. So, kereta tu kena tow ke SC Honda dekat Ampang. Masa tu saya dalam 5 bulan. (dalam perut mamala).
Nak tau apa jadi pada saya hari ini? Hahaha... Pagi, mama dengan papa keluar. Biasalah pergi OU. Sebab mama nak beli barang kat Body Shop. Ada sale. Masa tu kereta memang ada bunyi sikit2 la. Papa kata drive shaft. Saya pun tak tau apa tu. Kami balik dari OU petang. Mama nak singgah Bandar Tun Hussien Onn. Nak beli kuih sebab mama lapar. Lepas tu sampai sana, orang tu tak jual kuih. Papa pun u-turn. Dengan tak disangka-sangka.... krak! Kereta papa dah tak boleh jalan. Papa masuk gear kete still tak jalan jugak. Papa dengan mama dah panik. Tapi saya baik. Saya tak nangis pun. ;P Papa call orang insurance mintak hantar tow truck. Tunggu dalam kereta lebih kurang 20 minit rasanya. Nasib baik enjin boleh on lagi. So kami tunggu dalam kereta. Bila tow truck sampai, kereta pun naik atas tow truck dan saya yang berumur 9 bulan 2 minggu pun naik tow truck tu. Tingginya. Mula-mula saya tak nak naik. Takut. Dah naik tu saya pegang mama kuat2. Nasib baik dekat dengan rumah. Tengoklah gambar saya dengan mama kat tepi tow truck.
Sampai rumah saya terus naik dulu sebab mama nak bagi saya makan. Saya sangat penat. Lepas makan, mandi saya dah merengek-rengek nak tidur. Mama tahan sampai lepas maghrib. Lepas tu saya tidur. Dan malam itu berlaku lagi sesuatu kepada saya. Apa dia? Saya jatuh katil lagi... kwang... kwang.. kwang...
Tapi sebab practice makes prefectkan. Saya selalu practice kat tilam depan tv tu. Jadi masa saya landing nak turun dari katil mama, saya selamatkan kepala saya dulu supaya tak terhentak ke simen. Hm... Betul la kata mama... saya memang budak pandai. :)

Sunday, May 17, 2009

Lama yang sangat lama


Ya allah. Ini betul-betul lama. Last update 12 April. Hari ini 18 Mei. Lebih satu bulan. Saya pun dah lebih 9 bulan. Macam biasa masa 9 bulan tu papa dgn mama beli kek. Nak tau saya dah boleh buat apa? Hehehe... Saya dah boleh berdiri. Tapi kena pegang pada something la kan. Tapi setakat sofa kat tepi tilam yang papa dgn mama letak tu selamba je saya boleh panjat lepas tu tergolek semula ke bawah. Hehe...
Saya tak ingat hari apa tapi ada satu hari tu saya jatuh katil. Jatuh katil? Ye saya jatuh katil. Saya panjat dari katil saya ke katil mama. Mama lupa sendal bantal sebelah saya hari tu. Saya pun apalagi...iyah...iyah... meniarap dengan lajunya. Papa dengan mama kat luar. Tak perasan saya. Tiba-tiba saya pun... Kedebum... Nasib baik tak jatuh kepala dulu. Menggigil mama tengok saya. Angkat saya.. susukan... hm.... zzzz tidorlah semula.
Ok lagi satu, saya sudah tumbuh gigi... Dua batang kat bawah. Pun tak ingat hari apa. Tapi lepas saya genap 9 bulan hari tu. Sekarang ni kalaua saya gigit papa dgn mama, confirm berbekar lah.
Saya pun dah pandai menyanyi sekarang. Kadang-kadang pagi2 saya kejut papa dgn mama. Saya jerit kuat-kuat. Terus mama bangun. Sorry papa sorry mama....

Ok nanti saya cerita lagi. Banyak lagi ni.